Rabu, 31 Ogos 2016

Awas! Kenali "Signal" Penyakit



Pernahkan anda rasa atau sedang mengalami tanda ini. Walaupun anda sudah mendapat tidur yang berkualiti selama 8 jam sehari dan telah mendapat waktu rehat yang cukup, namun tubuh masih lagi merasa letih.

Jika "YA" jawapan anda, anda perlu segera cakna kerana ini mungkin petanda anda mempunyai penyakit!.

Tindakan terbaik adalah segera dapatkan pemeriksaan kesihatan. Terutama sekiranya anda mengalami simpton- simpton seperti:
✅Kekeliruan
✅Pening kepala
✅Pandangan kabur
✅Penurunan berat badan
✅Sembelit
✅Insomnia
✅Kemurungan
✅Sakit kepala
Dan lain lain lagi yang anda rasakan.

Antara penyakit yang perlu anda ketahui jika anda mempunyai simpton keadaan yang dinyatakan tadi.

1) Penyakit 'Coeliac'
Penyakit Coeliac merupakan sejenis penyakit alahan makanan. Di mana badan akan bertindakbalas dengan teruk apabila anda makan makanan mengandungi gluten. Gluten merupakan bahan yang terdapat didalam roti, kek, dan bijirin.

Namun begitu kebanyakan yang diantara kita tak mengetahuinya. Selain daripada merasa keletihan. Gejala- gejala lain penyakit ini ialah:
✅Cirit birit
✅anemia
✅Penurunan berat badan

2) Anemia

Mudah merasa letih juga merupakan tanda diri mengalami anemia kerana masalah kekurangam zat.
Apabila anda mengalami anemia , anda  akan merasa malad untuk melakukan apa-apa aktiviti atau kerja kerana otot akan merasa berat. Oleh sebab itu kita akan merasa cepat letih.
Anemia bahaya terutama bagi ibu yang sedang hamil. Wanita yang mengalami haid yang banyak dan wanita hamil lebih mudah terdedah kepada anemia.
Selain itu, masalah ginjal juga boleh menyebabkan anemia.

3) Apnea tidur

Keadaan dimana anda akan merasa kerongkong menjadi sempit atau tertutup sewaktu sedang tidur. Ia kadangkala akan berulang hingga menganggu pernafasan ketika tidur.
Apabila berlaku ia akan mewujudkan dengkuran. Apabila anda berdengkur dengan kuat tahap oksigen dalam darah akan menurun.

Apabila kesukaran bernafas terjadi, anda akan kerap terjaga pada wakti malam. Kesannya pada hari berikutkan akan menyebabkan anda letih.
Masalah ini sering dialami oleh lelaki yang berada pada usia pertengahan, yang mana mengalami berat badan berlebihan, ada tabiat merokok dan minum alkohol. Ini akan menyebabkan masalah semakin teruk.

4) Kekurangan Hormion tiroid
apabila kelenjar tiroid tidak aktif ia bermaksud anda mempunyai hormon tiroksin yang sedikit. Ia akan menyebabkan anda berasa cepat letih. Selain itu,keadaan ini juga menyebabkan kenaikan berat badan dan juga kesakitan otot.
Wanita serta mereka yang berusia merupakan golongan yang mudah terkena penyakit ini.

5) Diabetes tanpa sedar
Antara simpton diabetes adalah seperti, kencing kerap, cepat dahaga dan badan terasa cepat letih dan lemah

6) Lemah Jantung.

Keletihan sebenarnya bukanlah tanda awal untuk penyakit jantung . Tetapi sekiranya anda merasa letih keterlaluan terutama selepas melakukan aktiviti yang ringkas maka anda harus dapatkan pemeriksaan kesihatan dengan segera.
Rawatan awal boleh mengurangkan risiko serangan jantung yang serius.

7) Jangkitan kuman air kencing (UTI)

Simpton yang dialami lebih kepada sakit semasa ketika kencing dan kerap ke tandas. UTI juga berlaku disebabkan jangkitan bakteria yang disebabkan amalan penjagaan faraj yang tidak sihat.

Hubungan seks juga merupakan sebab jangkitan kuman menjadi semakin serius. Ini kerana kuman dari faraj mungkin ditolak masuk ke dalan saluran kencing semasa seks.

8) Kebimbangan
Rasa cemas yang tidak melampau adalah normal. Namun begitu, ianya menjadi tidak normal sekiranya sesetengah individu itu tidak dapat mengawal rasa cemas tersebut, hinggakan boleh menganggu kehidupan harian mereka.
Masalah ini dipanggil gangguan kebimbangan umum ( GAD).
Individu yang mengalami GAD akan cenderung untuk lebih merasa bimbang, marah dan sering keletihan.


Sekiranya anda merasa anda antara golongan yang merasakan simpton diatas segeralah bertindak.

Antara vitamin shaklee yang boleh diamalkan untuk memberikan tenaga serta mengatasi masalah anemia dan insomnia adalah seperti, Vitalea, B complex, ostematrix, vivix.

Dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.

Hubungi saya untuk rundingan kesihatan secara percuma, serta pembelian dan cara permakana vitamin dengan betul.

Whatsapp: 013-907-7157
Add FB saya: Akmal Mustafa

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya.

Happy reading uolls..😉

-Health is Happiness-


Tiada ulasan: