Sabtu, 12 Julai 2014

Kaedah dan kesan perancang keluarga

Kaedah Perancangan Keluarga Bahagian 2

Kaedah Penghalang
Kaedah ini bergantung pada tindakan mencegah secara fizikal pertemuan antara ovum dan sperma.

1.Kondom
Kaedah perangcang yang awal ialah menggunakan kondom. Kondom merupakan sarung zakar lelaki, biasanya diperbuat daripada getah nipis. Kondom disarungkan dari hujung hingga ke pangkal zakar setelah tegang dan sebelum memasukki faraj sebelum melakukan hubungan seks.
Sarung ini hanya berfungsi sekali sahaja apabila sudah digunakan,dan perlu dibuang setelah dipakai.
Cara ini dikatakan berkesan jika diguna denggan cara yang betul.

Kebaikan:
  1. Memberi perlindungan daripada jangkitan penyakit kelamin,Hiv,Aids,sifilis dan lain lain.
  2. Boleh melewatkan pancutan air mani bagi lelaki yang mengalami masalah cepat pancut.
  3. Mudah didapati di pasaran
  4. Mudah dan senag digunakan pada bila bila masa
  5. Tiada kesan sampingan serius
Tanda-tanda amaran
  • Kemungkinan untuk kondom terkoyak jika diguna bersama pelincir  yang berasaskan minyak,seperti jeli petrium,minyak bayi,dan lain lain.
  • Kemungkinan akan tercabut semasa sedang berhubungan dan menyebabkan air mani meleleh pada bahagian faraj
  • penyebab alahan jika kulit sensitif terhadap getah. Tetapi hanya segelintir pengguna mengalami
2.Kondom wanita
Keluaran baru dimana kaedah sama seperti kondom lelaki, berbentuk tiub tetapi lebih besar garis pusatnya dan tidakmenganjal. Diperbuat daripada sejenis plastik nipis.
Hujungnya tertutup dimasukkan kedalam faraj dengan tangan hingga lingkaran tersebut menduduki tempat berdekatan pangkal rahim.
Hujung satu lagi dibiarkan tergantung diluar faraj. Semasa hubungan faraj diselubungi kondom ini, membuatkan tidak berlaku sentuhan terus antara faraj dengan zakar dan air mani. Harganya agak mahal serta sukar diperolehi dipasaran.

Kebaikan:
  1. Dapat mencegah kehamilan dan jangkitan kelamin
  2. Bagi jangkitan Hiv belum mendapat kepastian
  3. Penggunaan dibawah kawalan wanita
  4. Tiada kesan sampingan yang serius
  5. Tidak memerlukan rundingan khusus
  6. Sesuai bagi wanita yang tidak terdedah dengan hubungan seks dengan kadar yang kerap.


 3.Diafram,Cervical Cap dan Span
3 Kaedah ini berasaskan penggunaan alat yang menutupi permukaan pangkal rahim supaya menghalang air mani daripada masuk menembusi kedalam rahim. Seterusnya menghalang air mani dari mengalir ke salur fallopio dimana tempat persenyawaan berlaku sekiranya adanya kehadiran ovum.
Alat yang berbentuk seperti kubah, diperbuat daripada getah dukenali sebagai Diafram
atupun berbentuk topi yang diperbuat daripada plastik iaitu dikenali sebagai cervical cap. Manakala, SPAN pula berbentuk seperti bantal bulat kecil, mengandungi spermisid iaitu bahan kimia yang mematikan sperma.

Cara Pemakaian Ke tiga tiga alat ini perlu dimasukkan kedalam faraj menggunakan tangan atau alat penyepit sehingga menduduki tempat di atas pangkal rahim.
Pemakaian perlu dirujuk doktor terlebih dahulu bagi mengetahui kondisi kesihatan pengguna.

Kebaikan
  1. Mencegah kehamilan ,penyakit kelamin namun perlindungan terhadap jangkitan HIV belum dapat dipastikan.
  2. Penggunaan adalah dibawah kawalan wanita
  3. Tiada kesan sampingan yang disebabkan hormon atau pertukaran paras hormon
  4. Sesuai bagi wanita yang tidah melakukan hubungan seks yang kerap atau selalu. Dengan itu tidak memerlukan perlindungan yang kerap.
Tanda-tanda amaran
  • Pemakaian yang tidak betul menyebabkan  halangan terhadap air mani atau sperma tidak kukuh
  • perkembangan sindrom toxic shock penyakit diakibatkan jangkitan  dalam faraj
Tanda tanda sindrom toxic shock- Demam tinggi secara mengejut, muntah dan cirit birit, lemah,pening,pitam,sakit tekak,sengal otot serta ruam dan alahan kepada plastk atau getah.



4. Kaedah Kimia
Terdiri dari spermisid digunakan bersama kaedah penghalang, rumusan bahan kimia berbentuk jeli, krim,buih atau pil pessari yang boleh mematikan sperma. kaedah kimia ini Kurang berkesan berbanding kaedah yang lain

Kebaikan
  1. Mencegah kehamilan ,terutama bila digunakan dengan kaedah lain, mencegah jangkitan kelamin, namun bagi jangkitan HIV/AIDS masih belum dapat dipastikan.
  2. Mudah didapati tanpa preskripsi tertentu
  3. Mudah digunakan 
  4. Boleh digunakan sebagai bahan pelincir faraj semasa hubungan seks
  5. Tidak ada kesan sampingan yang serius
Tanda-tanda amaran
  • Alahan pada kulit kesan dari bahan kimia yang terkandung didalamnya.
5.Alat Dalam Rahim
Terdiri dari alat kecil diperbuat daripada plastik yang disadur tembaga/ hormon progestron yang dipanggil IUD (intra uterine device). Berbentuk seperti huruf 'T' ,bersaiz kurang dari 2.5 cm/ 1 inci.

Cara pemakaian
Dimasukkan kedalam rahim menggunakan alat penyelit oleh doktor yang terlatih. Amat berkesan bagi mencegah kehamilan dan bertindak selama 8 tahun  bergantung kepada jenisnya.Alat ini boleh ditarik keluar apabila pengguna ingin hamil.


Kebaikan

  1. Mencegah kehamilan bagi jangka masa yang lama selepas dimasukkan sekali dan boleh dikeluarkan apabila dimahukan
  2. Tidak menjejaskan kesuburan atau pengeluaran susu ibu
  3. Murah berbanding dengan kaedah moden lain bagi tempoh setahun
  4. Sesuai bagi pasangan yang sudah melahirkan dan mahukan kaedah perancang bagi tempoh masa yang lama
  5. Boleh dugunakan sejurus selepas melahirkan atau enam minggu selepasnya atau selepas rahim rahim mengecut atau bila2 masa, asalkan tidak hamil atau tiada sebarang jangkitan pada pelvik dal lain lain.


Tanda-tanda amaran
  • Kedatangan haid yang lewat menandakan berlakunya kehamilan , ciciran darah haid atau haid yang tidak normal
  • Sakit pada bahagian perut(abdomen)atau semasa melakukan hubungan seks.
  • Kemungkinan menghidap penyakit kelamin,lelehan yang tidak normal dari faraj.
  • Demam dan menggigil
  • Benang terasa lebih panjang/pendek  dari biasa menandakan keadaan alat tidak betul atau berkemungkinan akan terkeluar

Info yang lebih lengkap bersambung pada entry yang seterusnya iaitu kaedah dan kesan perancang bahagian 3...
Selamat membaca semua...Terima kasih daun keladi..rajin rajin baca lagi...hihihi

 









Tiada ulasan: