Jumaat, 11 Julai 2014

Kategori dan jenis perancang

Kaedah hormon
Kaedah perancangan secara hormon yang disarankan kepada wanita terdapat 2 jenis, iaitu
  1. kaedah yang mengadungi hormon estrogen
  2. hormon Progestogen.
Hormon tersebut menyerupai hormon pembiakan wanita semulajadi, bertindak dibawah kitaran haid. seterusnya mengawal kadar pengeluaran ovum dan beberapa fungsi biologi semasa hamil.
Apabila wanita bersedia inginkan anak kembali , dia hanya perlu menghentikan pengambilan/pemakanan pil dan kitaran haid serta pengeluaran telur akan kembali normal seperti biasa.
Kaedah perancangan keluarga secara hormon ini paling banyak diamalkan di serata negara didunia. Kaedah ini juga popular di Malaysia.

Siapa yang sesuai mengamalkannya?
Kaedah hormon ini sesuai bagi semua wanita kecuali mereka yang:
  • Menghidapi penyakit barah
  • Sakit kuning/hepatitis
  • Darah tinggi
  • penyakit jantung
  • buah pinggang
  • pundi hempedu
  • Darah beku(trombosis)
  • kencing manis
  • pening dan migrain
  • Sawan
Bagaimanapun wanita yang berumur lebih daripada 35 tahun dan juga merokok tidak digalakkan mengamalka pil perancang keluarga, kecuali setelah menjalani pemeriksaan kesihatan yang terperinci.

Ibu menyusu?
Kaedah berasaskan hormon Progestogen sesuai diambil kerana kaedah ini tidak akan menjejaskan pengeluaran susu.

Kesan Sampingan? 
Seperti ubatan yang lain, kaedah  berasaskan hormon ini mempunyai kesan sampingan pada segelintir kecil wanita. Kesan tersebut juga berbeza mengikut penerimaan tubuh masing-masing. Bagi pengguna pil campuran,kesan yang dirasai termasuk:
  1. Rasa loya
  2. Sengal-sengal payudara
  3. Pening
  4. Rasa mrung/cepat marah
  5. Kenaikan berat badan
  6. Kurang nafsu syahwat
  7. Masa haid yang berubah dari normal
  8. Gangguan kitaran haid samada, keluar ciciran darah atau tiada darah haid langsung.
Kategori Perancang
1.Jenis hormon
  1. Pil Campuran
  2. Pil Progestogen
  3. Pil selepas hubungan seks
  4. Pil lelaki
  5. Suntikan progestogen
  6. Implan progestogen
2.Kategori perancang penghalang
  1. Kondom
  2. Kondom wanita
  3. Diafram, Cervical Cap dan Span
3.Kimia
4. Alat dalam rahim
  1. IUD
4.Kaedah pemandulan
  1. Ligasi tiub
  2. Vasektomi
5. Semulajadi
  1. Masa subur/selamat
  2. Penarikan zakar
Dalam entry kali ini saya hanya menyenaraikan kategori dan jenisnya sahaja, manakala penerangan yang lengkap mengenai cara serta akibat atau kesan dari pengambilan kaedah perancang saya akan bincangkan pada entry yang seterusnya.
Masih lagi dibawah label yang sama iaitu Label PERANCANGAN KELUARGA, dengan tajuk entry KAEDAH DAN KESAN PERANCANG.

Terima kasih saya ucapkan kepada para pembaca yang setia membaca dan mengikuti Blog saya,jika ada pertanyaan boleh dikemukakan.Sebarang komen dan pertanyaan positif amatlah dialu-alukan..Terima kasih..Semoga Allah SWT sentiasa merahmati kita semua.





Feel free to contact me at
SMS/WHATSAPP/CALL :017.900.8247 MAA MUSTAFA
FACEBOOK: Maa MArimar

Tiada ulasan: