Selasa, 8 Julai 2014

Tips rancang anak

Apa itu perancangan keluarga?
Perancangan keluarga ialah cara yang digunakan bagi menjarakkan kelahiran.

CARA CARA PERANCANGAN
 Terdapat banyak cara untuk menjarakkan kelahiran, antaranya ialah dengan mengguna pakai cara tradisi.Iaitu..
  • Menggelakkan daripada melakukan persetubuhan.
  • Menyusui bayi secara ekslusif yang boleh melewatkan kedatangan haid
  • Menggunakan ubatan tradisional dan amalan tradisi.
Amalan perancangan keluarga secara berkesan semakin penting kerana melahirkan  anak lebih daripada 5 orang dengan jarak kelahiran kurang dari 2 tahun , atau kelahiran ibu yang dibawah 18 tahun atau lebih 35 tahun boleh mendatangkan risiko kepada ibu mahupun anak.

KEBAIKAN AMALAN PERANCANGAN YANG BERKESAN:
  1. Menentukan masa kehamilan yang sesuai.
  2. Menggelakkan kehamilan yang tidak dirancang.
  3. Menetapkan bilangan anak yang mengikut kemampuan emosi dan kewangan.
  4. Menjaga taraf kesihatan ibu dan anak.
  5. Memberikan masa asuhan dan penjagaan anak dan keluarga yang lebih berkualiti.
KAEDAH PERANCANGAN MODEN
  1. Bersifat sementara dan kekal iaitu pemandulan.
  2. Hormon, kimia,alat pengcegah/penyekat didalam rahim.
Bagaimana pun kaedah semulajadi telah lama wujud dan masih diamalkan oleh ramai orang.

 

Tiada ulasan: