Assalamualaikum..
Sekarang pelbagai lambakan tudung yang ada dipasaran. Ma nak share tudung kegemaran ma terbaru.
Hari ni ma nak review tudung dari Bokitta .
Sebelum ni ma pakai tudung keluaran Fareeda yang berawning iaitu fareeda aisya dan fareeda sofiya. Tapi lepas bersalin anak ke-3 entah kenapa kerongsang yang ada pada tudung tu asyik terkena mulut baby. Sampai berdarah mulut anak ibu..๐ข๐ข๐ข
Bermula dari situ ma mula survey tudung yang bersesuaian dan terjumpa brand Bokitta. Setelah dikaji selidik (macam saintis la pulak)๐๐ nafsu nak menyoping semakin membuak buak..sabar jelah. Mula lah membeli dan menghunting dalam group Bokitta di Fb.
Saiz Bokitta Hijab
Sama macam tudung lain dipasaran yang mempunyai saiz tersendiri seperti S,M,L. Bokitta hijab pun tak terkecuali. Mempunyai 4 pilihan saiz yang dinamakan
โVoila
โVoila Maxi
โChic
โChic Maxi
Bokitta hijab juga mengeluar hijab dalam bentuk plain dan printed yang sesuai dipadankan dengan pakaian.
Apa yang ma suka pasal Bokitta ni adalah berkonsep pin-free dan ironless. Tak perlu nak gosok bagai. Kalau kedut pun gosok sikit sikit je.. Bawa travel pun senang. Dan yang best tak perlu nak guna kerongsang. Design yang direka khas, mempunyai getah dibawah dagu dan fleksibel mengikut bentuk wajah setiap individu.
Korang boleh rujuk saiz yang bersesuaian sebelum membeli.
Pilihan saya?
Setelah berpuas hati saiz yang ma pilih adalah voila maxi. Ma tak mahu tudung yang terlalu singkat kerana ma lebih selesa pakai tudung yang cover bahagian dada. Lebih menutup aurat dan sesuai untuk ma breasfeed baby.
Kali pertama ma beli 2 helai sekaligus bokitta bersaiz voila maxi. Memula risau jugak tak selesa. Bila dah sampai dan dah sarung...
Wah! So in love with Bokitta hijab. So ma beli lagi dan lagi..hehe
Second buy , ma beli design chic. Design Orenzigzag namanya...Ma sangat suka dengan gabungan warnanya. Material yang ma pilih semua ni adalah chiffon. Labuh kedua saiz ni sama . Yang membezakan adalah "flap". Boleh rujuk gambar. Ternyata ma lebih selesa pakai design chic. Rasa lebih terletak gitu. Fefeeling ayu je..hakhakhak(angkat bakul sendiri). Apapun keduanya memang super duper selesa. Ma bagi 5๐๐๐๐๐
Rasanya cukup setakat ni dulu. Nanti ma akan review lagi tentang bokitta hijab. 27.08.2016 yang lepas ada new release. Semua cun-cun dan lawa. Alahai rabak beg duit mak!..hihi.. Sempat la grab 2 "hot" design. Nanti ma review tau.. Tunggu.....๐๐๐
Kepakaran sy berkaitan bidang nutrisi dan permakanan serta pengambilan vitamin Shaklee untuk kesihatan. Info kesihatan percuma serta konsultasi permakanan vitamin untuk menaikan nilai taraf kesihatan. Pembelian vitamin secara Online dan CASH ON DELIVERY
Isnin, 29 Ogos 2016
Review Bokitta Hijab - Jatuh cinta berkali-kali?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan