Khamis, 25 Ogos 2016

Kenali tanda Penyakit PCOS pada wanita



POLYCYSTIC OVARIAN SYNDROME (PCOS)

PCOS adalah sindrom yang menghantui banyak wanita. PCOS adalah salah 1 penyakit yang mengganggu kesuburan wanita.

PCOS sebenarnya ialah kumpulan simptom-simptom yang kompleks melibatkan ketidakseimbangan hormon dalam tubuh wanita.

Secara normalnya, ovari akan menghasilkan sedikit androgen (hormon lelaki). Namun dalam PCOS, androgen dihasilkan banyak dari biasa.

Apabila hormon lelaki lebih tinggi, akan berlaku gangguan dalam penghasilan telur,  masalah jerawat dan tumbuhnya bulu-bulu berlebihan pada tubuh. Jadi, kadang-kadang wanita yang mengalami masalah ini boleh dikesan mempunyai banyak bulu di muka.

Dalam PCOS, sel-sel tubuh menjadi tidak sensitif kepada insulin, jadi  kawalan gula dalam tubuh akan terganggu. Kemungkinan besar penghidap PCOS akan menunjukkan simptom yang sama seperti penghidap kencing manis. Malah, ada doktor yang merawat mereka menggunakan ubat kencing manis walaupun paras gula masih normal.

Tanda2 PCOS berbeza mengikut individu. Antaranya simptom yang sering terjadi kepada penghidap PCOS ialah:

-- Haid yang tidak teratur
-- Kulit berjerawat, yang besar dan bernanah
-- Berat badan berlebihan atau obes dan mengalami kesukaran untuk menurunkan berat badan
-- Tumbuh bulu di wajah - wanita bermisai dan ada juga yang tumbuh di dada.
-- Sukar mengandung

Kesan jangka panjang, PCOS yang tidak dirawat boleh ialah penyakit kencing manis dan penyakit jantung

Anda ada masalah PCOS?

Hubungi saya untuk konsultasi

013.907.7157
Akmal Mustafa
Your Trusted Health & Beauty Consultant


Tiada ulasan: