Khamis, 3 Julai 2014

ENDOMETRIOSIS

Apa itu Endometriosis?
Endometriosis ialah penyakit merbahaya melibatkan rahim yang sering dihidapi para wanita. Perkataan "Endometriosis" berasal dari perkataan "Endometrium".

Endometrium?
Membran lapisan tisu yang mengalas dalaman rahim.

~Setiapkali kitaran haid, Endometrium menebal bagi menerima kehamilan, Jika kehamilan tidak terjadi ia kemudiannya terurai menjadi darah haid.
~Endometriosis terjadi apabila tisu yang serupa endometrium berada di luar rahim. Iaitu merupakan kawasan tubuh yang lain, dimana tempat ia tumbuh menjadi ketumbuhan.
~Kebiasaannya bahagian yang sering terjadi adalah seperti bahagian:
  1. Pelvis-Khususnya dalam ovari,salur follopio,
  2. Ligamen-Otot yang menyokong rahim.
  3. Kawasan diantara faraj dan rektum(dubur)
  4. Permukaan luar rahim.
  5. Peritoneum Pelvik
  • Nota- Peritoneum( membran pada rongga abdomen meliputi organ dalaman bermula dari perut hingga rektum).
Ketumbuhan jenis ini bukanlah barah,tetapi merupakan tisu normal namun ia didapati berada diluar lokasi yang normal.
 dengan 

Endometrium yang melapis rahim?
~Berbeza dengan endometrium.
~Tisu yang seakan akannya terletak diluar rahim. tetapi tidak mempunyai jalan keluar dari badan setelah mengembang dan hancur selepas kitaran haid berlaku.
~Keadaan ini akan menimbulkan masalah.
~Kesan Endometrium jenis ini:
  • Rasa sakit pada bahagian pelvik
  • Kemandulan


TANDA TANDA ENDOMETRIOSIS?
  1. Rasa sakit yang teramat di kawasan pelvis
  2. Rasa sakit ketika haid
  3. Kemandulan
  4. Sakit semasa membuang air kecil @ besar ketika datang haid.
  5. Jumlah haid yang tidak menentu dengan pendarahan yang terlalu banyak.
  6. Keguguran yang berulang
  7. Terlalu letih dan murung
  8. sistem ketahan tubuh yang lemah melawan penyakit dan jangkitan.
Gejala ini berlaku kesan daripada prostaglandin, iaitu sejenis bahan  biologikal seakan akan hormon,di rembeskan sebelum dan semasa haid.Ia bertindak diantara lain rahim mengecut.

Hasil dari penelitian, 50% wanita yang mengalami Endometriosis mengalami rasa sakit,manakala sesetengahnya yang lain yang mengalami tidak merasa apa apa kesakitan.
Manakala, kemandulan boleh terjadi pada 30-40% wanita mengalami penyakit Endometriosis. Ini merupakan akibat daripada penyakit tersebut. Gejala penyakit akan bertambah teruk seiring dengan peredaran masa.

Tahap kesakitan juga sering terasa oleh penghidap dikawan Endometriosia berada, bukannya kadar tisu endometriosis yang ada.
Sebagai contoh, suatu ketumbuhan sista yang besar di ovari tidak akan menyebabkan rasa sakit, tetapi berlainan dengan ketumbuhan kecil yang berada dikawasan rektum(usus dubur) mungkin akan menyebabkan rasa sakit yang begitu teruk semasa proses persetubuhan. Kebiasaannya rasa sakit sering terjadi, sebelum atau selepas haid ataupun semasa dan selepas persetubuhan(aktiviti seks).

Rawatan perubatan:
Kebiasaannya, Doktor akan melakukan pemeriksaan pelvis secara fizikal. Endometriosis biasanya akan dikesan melalui teknik pemeriksaan laparoskopi.



 Teknik laparoskopi

Tahap  Endometriosis:
  1. Stage 1=Biasa (minimum).
  2. Stage 2=Tidak teruk.
  3. Stage 3=Sederhana
  4. Stage 4=teruk 

Amat sukar untuk mencegah penyakit Endometriosis ini kerana puncanya sukar diketahui. Para penganalisis perubatan juga tidak dapat memberikan penerangan yang tepat mengenai mengapa endometriosis boleh berlaku. Namun begitu rawatan pencegahan dan rawatan disarankan oleh para pakar perubatan. Pengesanan pada peringkat awal juga boleh membantu mengurangkan risiko endometriosis.

Langkah pencegahan:
AMALAN PERMAKANAN.
  Pengambilan Kumpulan vitamin B-complex(choline dan inositol), vitamin c dan E, melebihkan pengambilan makanan yang berzat protein dan mengurangkan makanan manis didapati membantu mengawal keadaan endometriosis.

Persediaan emosi:
Wanita yang mengalami masalah ini perlu cuba untuk menyesuaikan diri dengan penyakit dan rawatannya. Mempertingkatkan amalan permakanan sihat, kestabilan emosi, gaya hidup sihat seperti melakukan senaman, sentiasa mencari info dan rawatan pencegahan akan lebih membantu proses kesembuhan.


Penting!
Suplimen shaklee yang dicadangkan untuk masalah Endometriosis

  • Gla Complex - Membantu dalam penstabilan hormon dan keseimbangan prostaglandin.
  • Vita-lea with iron formula- Penting bagi individu yang mengalami anemia
  • B- Complex- Produktiviti sel darah merah serta keseimbangan hormon, membantu tubuh mengeluarkan lebihan air.
  • Vitamin E- Membantu menyeimbangkan hormon badan.
  • Vitamin C- Penting untuk proses penyembuhan.
  • Garlic- Antibiotik semulajadi,melawan jangkitan.
  • Zink- Membaiki tisu dan fungsi imun.
  • Carotomax- sumber antioksidan
  • Serta vitamin yang mempunyai antioksidan yang tinggi.
Bagi yang mempunyai persoalan atau pertanyaan lanjut boleh menghubungi saya di talian
SMS/WHATSAPP/CALL: 017.900.8247 MAA MUSTAFA
FACEBOOK: Maa MArimar
email: ct_akmal786@yahoo.com.

Rundingan serta cara pengambilan ekslusif untuk semua pelanggan saya.Tanya saya bagaimana dan apa yang sesuai mengikut tahap kesihatan dan kewangan anda. Saya sedia membantu 24/7 sentiasa bersedia dan ada untuk anda..





Tiada ulasan: