Rabu, 16 Julai 2014

Cegah Serangan Jantung

Jom Cegah Serangan Jantung
Terdapat pelbagai cara yang boleh kita ambil bagi mencegah serangan jantung antaranya yang saya boleh kongsikan adalah:
1. Berhenti merokok
Merokok merupakan penyebab yang mengundang terjadinya penyakit jantung. Ini kerana rokok mengandungi perbagai kandungan bahan kimia yang berbahaya bagi kesihatan, ini termasuklah kesihatan jantung kita.

2. Pengambilan ubatan
Sekiranya individu ada mempunyai penyakit kencing manis, hipertensi ataupun tekanan darah tinggi. Ubatan yang betul haruslah diambil bagi memastikan penyakit tidak menjadi serius.

3. Kawal Emosi dan tekanan
Pengendalian emosi yang betuk harus diterapkan. Ini kerana tekanan boleh membawa kesan buruk kepada jantung.

4. Amalan Permakanan
Pengambilan sumber makanan seperti daging jenis putih,ayam dan ikan . Elakkan dari mengambil daging merah yang terlalu banyak sebagai contoh, daging lembu, kambing, kerbau dan seangkatan dengannya.

5. Amalan senaman
lakukan senaman setiap hari,Ini bagi memastikan jantung kita berdegup secara sihat.

6. Pengambilan makanan bijirin
Pengambilan makanan bijirin yang mempunyai sumber serat dapat  membantu menyerap sebahagian lemak atau kolesterol, seterusnya dapat mengurangkan jumlah kolesterol yang mungkin diserap oleh badan,

Suplimen terbaik untuk kearah jantung yang sihat

 


Tiada ulasan: