Isnin, 14 Julai 2014

Kaedah Perancangan Keluarga

 Kaedah perancangan keluarga bahagian 3

Kaedah pemandulan
Merupakan kaedah yang kekal. Pembedahan kecil akan dilakukan dimana sumber ovum atau sperma akan diputuskan. Kaedah ini memerlukan rundingan dan kaunseling yang betul terlebih dahulu sebelum pengguna memilih kaedah ini.


Kebaikan
  1. Kaedah yang paling berkesan  bagi mencegah kehamilan
  2. Cara yang selamat,asal dengan cara dan kaedah pembedahan yang betul dan selamat
  3. Tiada kesan sampingan dalam jangka masa yang panjang
  4. Tidak menganggu hubungan seks
  5. Tidak memerlukan kompromi dengan pasangan

1.Ligasi Tiub
Kaedah pemandulan wanita melalui cara menyekat kedua dua salur fallopio melalui pembedahan kecil di bahagian abdomen.
Dinamakan ligasi tiub kerana sebahagian pendek salur Fallapio dipotong dan disekat,diikat, atau diklip bagi menyekat saluran. Apabila salur tersekat ini akan menyebabkan ovum tidak dapat bercantum dengan sperma dan juga tidak dapat sampai ke dalam rahim.ovum akan mati secara semulajadi.

Tanda-tanda amaran selepas pembedahan
  1. Demam tinggi
  2. pening,gayat atau pengsan
  3. Sakit pada bahagian perut (abdomen) yang tidak berkurang atau berpanjangan dengan rasa sakit yang bertambah
  4. Keluar darah atau cecair pada bahagian perut
  5. Kehamilan
2.Vasektomi
Kaedah pemandulan bagi lelaki. Kaedah ini banyak dilakukan dinegara China, Thailand, india dan Indonesia. Kaedah yang lebih mudah dari Ligasi tiub. Melibatkan pemotongan kecil dan penyekatan saluran yang membawa sperma, iaitu dipanggil sebagai Vas deferens
Tidak menggangu nafsu syahwat ,atau Ketegangan zakar  .

Tanda-tanda amaran selepas pembedahan
  • Demam
  • Bahagian pembedahan berdarah atau bernanah
  • sakit atau bengkak pada luka pembedahan yang teruk
Kaedah semulajadi
Sesuai dngan namanya, kaedah ini tidak melibatkan sebarang alat ,bahan kimia atau hormon tiruan untuk mencegah kehamilan. Kaedah ini sangat penting dalam suasana amalan perancangan moden yang dilarang oleh agama,politik atau kepercayaan peribadi walaupun keberkesanannya tidak setinggi kaedah moden.Menggunakan kaedah yang tertentu iaitu:

1.Masa subur atau masa selamat
Anggaran masa subur wanita digunakan bagi  2 tujuan iaitu
  1. Bagi menggelakkan kehamilan dan
  2. meninggikan kemungkinan  untuk hamil
Setelah mengenali waktu subur, seorang wanita boleh mengelakkan  dari melakukan hubungan seks dalam tempoh tersebut. Atau dengan menggunakan kaedah perancangan keluarga dengan menggunakan kondom, cara lain ialah dengan melakukan penarikan zakar yang mana kurang berkesan. 

2.Penarikan zakar
Kaedah dimana suami menarik zakar sejurus sebelum puncak syahwat(orgasm) supaya air mani tidak masuk atau mengalir kedalam faraj. Istilah bagi cara ini ialah "Tumpah luar" atau "cabut". Pihak lelaki hendaklah pandai mengawal ketika sudah menghampiri puncak syahwat.

Selesai bahagian perancangan keluarga, diharapkan catitan saya ini dapat membantu bagi mereka yang mencari kaedah,cara dan membuat pilihan yang tepat bagi keselesaan yang diingini.  

Tiada ulasan: