Khamis, 17 Julai 2014

Betul ke susu ibu terbaik untuk bayi?

Langkah penting kearah proses perkembangan dan tumbesaran bayi yang sempurna dan sihat adalah melalui peyusuan susu ibu.

     Ini kerana, medium susu ibu berada dalam keadaan bersih,seimbang dan paling terbaik bagi bayi. Susu ibu merupakan makanan yang mengandungi sumber nutrien yang sihat dan seimbang serta pelindung yang terbaik dari segi khasiat bagi bayi dalam tempoh enam bulan pertama atau pun lebih lama lagi.


 KHASIAT SUSU IBU BAGI BAYI

Susu ibu merupakan makanan terbaik bagi bayi kerana mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan kandungannya berubah mengikut kadar keperluan bayi membesar.Susu ibu yang pertama/awal penyusuan dikenali sebagai kolostrum, mengandungi khasiat terbaik yang diperlukan bayi untuk hari-hari pertamanya selepas lahir. Kolostrum juga mengandungi bahan-bahan sebagai antibodi yang boleh melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan seperti cirit birit, bronkitis dan radang paru paru.Kolostrum hanya terdapat dalam susu ibu.     3. Mengandungi zat khusus yang penting bagi perkembangan otak bayi.
    4. Susu ibu juga dapat mencegah penyakit, seperti lelah dan sakit perut bayi.

   5. Proteinnya terdiri daripada 80% dadih susu(whey), Ianya mudah dicerna serta       mengandungi banyak bahan perlindung yang dapat mencegah jangkitan.

   7. Dadih susu terhasil daripada tindakan enzim didalam perut keatas protein kasein lembut dan berbuih,ini akan membolehkan bayi menyerap lebih banyak protein.

    8.  Kandungan lemak susu ibu lebih seimbang dan lebih mudah dicerna.

   9.  Kandungan gula(laktosa) dalam susu ibu lebih tinggi bagi membekalkan tenaga dan membantu penyerapan kalsium daripada susu.

   10. Kalsium dalam susu ibu lebih mudah diserap walaupun kandungannya diserap.

  11. Risiko pencemaran (oleh jangkitan dan sebagainya) yang mungkin berlaku dengan penyusuan susu formula.

   12. Dengan penyusuan susu ibu dapat memberikan bayi ketenangan dan emosi yang stabil.

   13. Penyusuan susu ibu dapat mengeratkan kasih sayang yang lebih mesra antara ibu dan anak.




    

MENGAPA PENYUSUAN IBU BAGUS?

Membantu proses pengecutan rahim kembali kepada keadaan asal dengan cepat.Penyusuan susu ibu selama tiga bulan atau lebih mengurangkan risiko barah buah dada dan ovari.Penyusuan susu ibu sepenuhnya selama 6 Bulan pertama melewatka proses kedatangan haid, Memberi 98% perlindungan daripada kehamilan dalam masa enam bulan pertama itu.Melangsingkan badan, sekiranya ibu mengamalkan diet sihat dan sentiasa bersenam. Susu Tepung vs susu ibu:
 Tahukah anda yang susu formula dihasilkan daripada susu lembu. Walau dari cara apa sekalipun ia diubahsuai oleh perindustrian susu gantian ini, ia tidak setanding hebatnya susu ibu.
Susu lembu juga boleh mengakibatkan penyakit kepada bayi.


Susu formula dari sumber susu lembu mengandungi sejenis asid lemak yang bergabung dengan kasein (protein susu) akan menghasilkan bahan yang tidak larut dan menyebabkan berlaku halangan pada usus bayi.Bayi hanya dapat menyerap hanya 30% zat besi yang terkandung dalam susu lembu (berbanding dengan 70% zat besi dari susu ibu)Zat besi yang tidak diserap akan menyebabkan pertubuhan kuman kuman didalam usus.Bayi yang menyusu susu formula  berisiko untuk dijangkiti penyakit radang telinga(otitis media), penyakit selak(coeliac disease) dan lain lain lagi.Susu ibu mengandungi sumber bahan B12 yang dapat mencegah pertumbuhan bakteria berbahagia.Bayi juga berisiko terkena jangkitan cirit birit, jangkitan pernafasan, ketidakhadaman susu, kekurangan vitamin. Bagaimana proses pengeluaran susu ibu?
Pengeluaran susu ibu bergantung kepada keperluan dan kadar hisapan bayi.
     Saraf dalam sistem puting ibu dirangsang apabila bayi menghisap. Seerusnya, satu isyarat dihantar ke otak ibu menyebabkan pengeluaran hormon prolaktin.

    Hormon prolaktin merangsang penghasilan susu ibu. Semakin kerap bayi menyusu semakin banyak hormon yang dapat dihasilkan.
    Berfikiran positif akan memastikan ibu ibu berjaya menyusukan bayi dengan sempurna.
Pengambilan suplimen yang betul dan sesuai juga akan membantu ibu menghasilkan susu yang berkualiti.


 Ketahui dengan lebih lanjut bagaimana anda mampu memberikan yang terbaik kepada simanja anda

Wasap/sms/call 013.907.7157 Maa mustafa
Facebook: Akmal Mustafa


Kesan Buruk CoQHealth Plus

 CoQHealth Shaklee



Fakta Jantung
  • Bendenyut 100,000kali setiap hari.
  •  penggunaan ubatan tertentu akan mengurangkan tahap CoQ10 yang terhasil dalam darah.
  • Aorta,arteri yang paling besra dalam tubuh mempunyai diameter hampir menyamai hos taman anda.
Tahukan anda ? 
Jantung kita sebenarnya berfungsi bagi mengepam hampir 2000 gelen darah keseluruh bahagian tubuh kita setiap hari. Sebagai otot  yang telah bekerja keras untuk kita setiap hari, Jantung kita sebenarnya amat memerlukan jumlah tenaga yang sangat banyak bagi menyokong dan membantu jantung kita untuk berfungsi dengan baik.

Tenaga yang membantu fungsi jantung dipanggil Koenzim Q10 (CoQ10) ysng juga berperanan dalam sistem kesihatan salur darah. CoQ10 dihasilkan secara semulajadi oleh sistem tubuh dan berada didalam salur darah.

Kenapa perlukan CoQ10?


P/s:credit to google

CoQHealth Shaklee mengandungi  kesemua khasiat semulajadi yang terhasil daripada campuran semulajadi. 

Kelebihan fungsi CoQHealth 
  • Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
  • Menggalakan dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Membantu dalam menambahkan kadar mengekalkan paras CoQ10 dalam darah
  • Membantu meningkatkan stamina , tenaga dan mengurangkan kelesuan.
  • Kulit yang lebih muda
  • meningkatkan sistem kesuburan
  • Mengurangkan risiko sakit jantung, terutama bagi mereka yang baru mengalami serangan jantung
  • Menghalang komplikasi salur darah selepas pembedahan "heart bypass" 
  • Membantu penurunan darah tinggi dengan lebih berkesan jika diambil bersama ubatan darah tinggi
  • Menghalang serangan migrain
  • Mengurangkan risiko penyakit parkinson
Pelbagai lagi manfaat yang terkandung dalam CoQHealth shaklee yang boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan anda.

Golongan yang disyorkan pengambilan CoQHealth?
  • Dewasa yang berusia 18 tahun dan keatas yang prihatin terhadap kesihatan jantung dan arteri mereka
  • Dewasa lelaki dan wanita yang mengambil ubatan yang berkemungkinan boleh mengurangkan tahap CoQ10 dalam darah mereka
  • Wanita hamil atau mereka yang mengambil sebarang ubatan yang boleh mencairkan darah perlu mendapatkan nasihat pakar perubatan dahulu


Rabu, 16 Julai 2014

Cara Elak Serangan Jantung

 Kesedaran

Pada masa kini kesedaran masyarakat pada masalah serangan jantung masih rendah . Ramai yang masih bersikap "Lepas Tangan" dengan masalah ini. Ini juga telah diakui oleh Perunding Kardiologi Dr. Haizal Harun Kamar. Ini merupakan hasil pembacaan saya dalam majalah yang penuh info kesihatan yang menarik.(kredit kepada Majalah iSihat)




(Gambar dari google)


Gaya hidup masyarakat pada masa kini juga banyak mempengaruhi dan menjadikan mereka menjadi mudah letih. Hal berpunca keletihan ini harus diberikan penekanan kerana ia boleh menjadi tanda tanda awal anda mungkin menghidap penyakit serangan jantung.









Permakanan yang tinggi kolesterol juga adalah faktor penyumbang serangan jantung.















Sesiapa sahaja boleh mengalami masalah keletihan tetapi adakah masalah yang kita alami berlebihan, ini yang membezakan antara keletihan yang sihat dengan keletihan yang tidak sihat.





Kenali tanda serangan jantung!




 Cara elak serangan jantung adalah kita haruslah dapat mengenal pasti tanda serangan jantung sebelum ianya berlaku. Antara tanda serangan jantung adalah:
Kebas bahagian tangan kiri hingga ke bahagian leherSesetengah individu akan merasa pada bahagian tengah dadaTerasa seperti berlaku himpitan pada bahagian dada secara tiba tiba yang kemudiannya beralih ke bahagian lenganGejala ini berlaku kerana kurangnya kadar oksigen yang dibekalkan kepada jantungSukar bernafasKeletihanPeningRasa sakit pada bahu,lengan atau leher jantung yang berdebar Suplimen Dan Kesihatan Jantung





Set Jantung sihat

"Mencegah lebih baik daripada mengubati" bagi memastikan kesihatan jantung yang berterusan, pengambilan sumber makanan dan zat yang lengkap amat diperlukan. Dengan pengambilan suplimen yang betul dapat mengelakkan risiko serangan jantung.Bagi yang mengalami masalah jantung Set Jantung sihat amat disarankan kerana keberkesanannya sangat membantu mereka yang mengalami masalah berkenaan jantung.


Untuk Konsultasi produk yang lengkap serta khidmat rundingan kesihatan boleh menghubungi saya ditalian

Sms/whatsapp/call 013.907.7157 maa mustafa

Facebook.com/Akmal Mustafa


Terima kasih diatas masa yang anda luangkan untuk membaca penulisan saya. Teruskan membaca entri saya yang lain. Semoga bermanfaat buat anda semua.


Cegah Serangan Jantung

Jom Cegah Serangan Jantung
Terdapat pelbagai cara yang boleh kita ambil bagi mencegah serangan jantung antaranya yang saya boleh kongsikan adalah:
1. Berhenti merokok
Merokok merupakan penyebab yang mengundang terjadinya penyakit jantung. Ini kerana rokok mengandungi perbagai kandungan bahan kimia yang berbahaya bagi kesihatan, ini termasuklah kesihatan jantung kita.

2. Pengambilan ubatan
Sekiranya individu ada mempunyai penyakit kencing manis, hipertensi ataupun tekanan darah tinggi. Ubatan yang betul haruslah diambil bagi memastikan penyakit tidak menjadi serius.

3. Kawal Emosi dan tekanan
Pengendalian emosi yang betuk harus diterapkan. Ini kerana tekanan boleh membawa kesan buruk kepada jantung.

4. Amalan Permakanan
Pengambilan sumber makanan seperti daging jenis putih,ayam dan ikan . Elakkan dari mengambil daging merah yang terlalu banyak sebagai contoh, daging lembu, kambing, kerbau dan seangkatan dengannya.

5. Amalan senaman
lakukan senaman setiap hari,Ini bagi memastikan jantung kita berdegup secara sihat.

6. Pengambilan makanan bijirin
Pengambilan makanan bijirin yang mempunyai sumber serat dapat  membantu menyerap sebahagian lemak atau kolesterol, seterusnya dapat mengurangkan jumlah kolesterol yang mungkin diserap oleh badan,

Suplimen terbaik untuk kearah jantung yang sihat

 


Selasa, 15 Julai 2014

Mealshake Shaklee

 Mealshake



 Bagaimana Mealshake terhasil
Mealshake diperbuat daripada bahan semulajadi, terhasil daripada buah-buahan ,sayuran, kacang soya, lactabumin(sejenis susu), dan lain lain.
Apa itu Lactabumin?
 Lactabumin merupakan  bahan terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti.
  • Mudah diserap oleh sistem badan ,dari kanak kanak hingga dewasa
  • Mengandungi nutrisi lengkap seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin, dan lain lain lagi.
Sumber pembekal tenaga segera

Mealshake dihasilkan untuk sumber nutrien yang lengkap yang sesuai bagi semua golongan
  • Bayi
  • Pelajar
  • kanak kanak yang sedang membesar
  • Mereka yang kurang selera makan
  • ibu hamil
  • ahli sukan
  • Golongan yang sibuk bekerja
  • Orang sakit
  • Mereka yang gemarkan makanan segera
  • Sumber sarapan pagi yang lengkap dengan sumber vitamin
  • Sering Sembelit
  • dan banyak lagi kelebihannya
 Kebaikan Mealshake
  • Mealshake juga mengandungi 24 jenis vitamin, mineral, dan zat yang diperlukan badan
  • Mengandungi lesitin soya yang membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak
  • Membantu tumbesaran
  • Antioksida lengkap,vitamin A, c, E, Zink, dan selenium yang merupakan agen antioksida yang melawan penyakit dan melambatkan proses penuaan
  • Sumber detoksfikasi yang membantu membuang sisa buangan dari perut dan usus
  • Mencegah sembelit
  • Rasa yang lazat untuk dinikmati semua golongan
  • Tidak mengandungi sebarang pewarna dan perasa tiruan
  • Pengganti kepada kekurangan vitamin yang diperlukan tubuh
Bagi tujuan pembelian, konsultasi produk dan permakanan secara percuma boleh menghubungi
Sms/Whatsapp/Call: 013.907.7157
Facebook: Akmal Mustafa

Isnin, 14 Julai 2014

Kaedah Perancangan Keluarga

 Kaedah perancangan keluarga bahagian 3

Kaedah pemandulan
Merupakan kaedah yang kekal. Pembedahan kecil akan dilakukan dimana sumber ovum atau sperma akan diputuskan. Kaedah ini memerlukan rundingan dan kaunseling yang betul terlebih dahulu sebelum pengguna memilih kaedah ini.


Kebaikan
  1. Kaedah yang paling berkesan  bagi mencegah kehamilan
  2. Cara yang selamat,asal dengan cara dan kaedah pembedahan yang betul dan selamat
  3. Tiada kesan sampingan dalam jangka masa yang panjang
  4. Tidak menganggu hubungan seks
  5. Tidak memerlukan kompromi dengan pasangan

1.Ligasi Tiub
Kaedah pemandulan wanita melalui cara menyekat kedua dua salur fallopio melalui pembedahan kecil di bahagian abdomen.
Dinamakan ligasi tiub kerana sebahagian pendek salur Fallapio dipotong dan disekat,diikat, atau diklip bagi menyekat saluran. Apabila salur tersekat ini akan menyebabkan ovum tidak dapat bercantum dengan sperma dan juga tidak dapat sampai ke dalam rahim.ovum akan mati secara semulajadi.

Tanda-tanda amaran selepas pembedahan
  1. Demam tinggi
  2. pening,gayat atau pengsan
  3. Sakit pada bahagian perut (abdomen) yang tidak berkurang atau berpanjangan dengan rasa sakit yang bertambah
  4. Keluar darah atau cecair pada bahagian perut
  5. Kehamilan
2.Vasektomi
Kaedah pemandulan bagi lelaki. Kaedah ini banyak dilakukan dinegara China, Thailand, india dan Indonesia. Kaedah yang lebih mudah dari Ligasi tiub. Melibatkan pemotongan kecil dan penyekatan saluran yang membawa sperma, iaitu dipanggil sebagai Vas deferens
Tidak menggangu nafsu syahwat ,atau Ketegangan zakar  .

Tanda-tanda amaran selepas pembedahan
  • Demam
  • Bahagian pembedahan berdarah atau bernanah
  • sakit atau bengkak pada luka pembedahan yang teruk
Kaedah semulajadi
Sesuai dngan namanya, kaedah ini tidak melibatkan sebarang alat ,bahan kimia atau hormon tiruan untuk mencegah kehamilan. Kaedah ini sangat penting dalam suasana amalan perancangan moden yang dilarang oleh agama,politik atau kepercayaan peribadi walaupun keberkesanannya tidak setinggi kaedah moden.Menggunakan kaedah yang tertentu iaitu:

1.Masa subur atau masa selamat
Anggaran masa subur wanita digunakan bagi  2 tujuan iaitu
  1. Bagi menggelakkan kehamilan dan
  2. meninggikan kemungkinan  untuk hamil
Setelah mengenali waktu subur, seorang wanita boleh mengelakkan  dari melakukan hubungan seks dalam tempoh tersebut. Atau dengan menggunakan kaedah perancangan keluarga dengan menggunakan kondom, cara lain ialah dengan melakukan penarikan zakar yang mana kurang berkesan. 

2.Penarikan zakar
Kaedah dimana suami menarik zakar sejurus sebelum puncak syahwat(orgasm) supaya air mani tidak masuk atau mengalir kedalam faraj. Istilah bagi cara ini ialah "Tumpah luar" atau "cabut". Pihak lelaki hendaklah pandai mengawal ketika sudah menghampiri puncak syahwat.

Selesai bahagian perancangan keluarga, diharapkan catitan saya ini dapat membantu bagi mereka yang mencari kaedah,cara dan membuat pilihan yang tepat bagi keselesaan yang diingini.  

Ahad, 13 Julai 2014

Tips Berpuasa Pesakit Diabetes



Bulan ramadhan bulan yang penuh keberkatan..Sebagai penghidap Diabetes ini tidak bermakna anda tidak dapat berpuasa dan menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Untuk menjalani ibadah puasa anda harus mengetahui langkah langkah yang perlu diambil bagi memastikan anda tidak mengalami sebarang risiko negatif. Langkah Pertama yang perlu diambil ialah berjumpa dahulu dengan Doktor atau pakar perubatan anda bagi mendapatkan nasihat yang betul berkenaan ubatan dan dos ubatan beserta masa yang tepat ubatan perlu diambil semasa berpuasa

Disini saya akan berkongsi sedikit tips berpuasa bagi penghidap Diabetes:


 1. Waktu Pengambilan Ubatan
~Disini saya nyatakan contoh kebiasaan pengambilan ubatan. Jika sebelum ini ubatan diabetes diambil ketika pagi, ia boleh ditukar pengambilannya pada waktu berbuka puasa. Manakala ubatan yang mengandungi jumlah dos yang sedikit boleh diambil ketika bersahur
~Sekiranya ada berlaku perkara seperti paras glukos rendah ketika hampir masa berbuka, maka penghidap haruslah merujuk kepada doktor atau pakar perubatan bagi mengkelaskan semula dos pengambilan ke dos yang lebih rendah.

2. Suntikan Insulin 
~Mengubah masa ,kekerapan dan dos yang perlu diambil sepanjang berpuasa. Ini harus dibincangkan terlebih dahulu bersama dengan doktor dan pakar perubatan anda.

3. Pemantauan Glukos dalam Darah
~ Pemantauan glukos dalam darah boleh dilakukan sendiri dengan menggunakan glucometer. ~Pemantauan perlu dilakukan terutama bagi penghidap diabetes yang mengambil suntikan insulin.
~Pemantauan yang kerap perlu dilakukan bagi memastikan pengubahsuaian waktu pengambilan dan dos sesuai dengan penghidap.



alat glucometer 

4. Waktu Pemantauan Glukos

  • Boleh dilakukan ketika waktu bersahur
  • 2 hingga 4 am selepas bersahur
  • Waktu lewat petang sebelum berbuka puasa
  • 2 hingga 4 jam selepas berbuka puasa 
Waktu pemantauan juga dapat membantu memberikan maklumat yang tepat kepada pegawai perubatan mengubahsuai waktu dan jumlah dos ubatan yang tepat bagi pesakit supaya kawalan glukos yang optimum dapat dicapai.

5. Saranan Untuk Berbuka puasa
Penghidap diabetes disaran untuk berbuka sekiranya
  • Paras glukos dalam darah <3.0 mmol/1
Terdapat simpton hypoglycaemia seperti contoh, berpeluh sejuk, menggigil, kadar degupan jantung yang laju, dan penglihatan menjadi kabur serta ada tanda tanda kecelaruan dan kekeliruan.

6. Latihan sebelum berpuasa
~Sebelum berpuasa ramadhan anda digalakan untuk mula latihan  berpuasa sunat pada bulan Rejab dan syaaban bersesuaian dengan saranan agama Islam. Ini boleh melatih diri penghidap menyesuaikan diri sedikit demi sedikit dengan diet, dos ubatan dan keadaan tubuh semasa berpuasa.

7. Perubahan awal
  Selain itu langkah latihan berpuasa juga dapat mengesal tanda awal sekiranya berlaku dehidrasi iaitu kekurangan air dalam badan , paras gula dalam darah yang rendah serta tanda tanda komplikasi yang lain.

Sabtu, 12 Julai 2014

Kaedah dan kesan perancang keluarga

Kaedah Perancangan Keluarga Bahagian 2

Kaedah Penghalang
Kaedah ini bergantung pada tindakan mencegah secara fizikal pertemuan antara ovum dan sperma.

1.Kondom
Kaedah perangcang yang awal ialah menggunakan kondom. Kondom merupakan sarung zakar lelaki, biasanya diperbuat daripada getah nipis. Kondom disarungkan dari hujung hingga ke pangkal zakar setelah tegang dan sebelum memasukki faraj sebelum melakukan hubungan seks.
Sarung ini hanya berfungsi sekali sahaja apabila sudah digunakan,dan perlu dibuang setelah dipakai.
Cara ini dikatakan berkesan jika diguna denggan cara yang betul.

Kebaikan:
  1. Memberi perlindungan daripada jangkitan penyakit kelamin,Hiv,Aids,sifilis dan lain lain.
  2. Boleh melewatkan pancutan air mani bagi lelaki yang mengalami masalah cepat pancut.
  3. Mudah didapati di pasaran
  4. Mudah dan senag digunakan pada bila bila masa
  5. Tiada kesan sampingan serius
Tanda-tanda amaran
  • Kemungkinan untuk kondom terkoyak jika diguna bersama pelincir  yang berasaskan minyak,seperti jeli petrium,minyak bayi,dan lain lain.
  • Kemungkinan akan tercabut semasa sedang berhubungan dan menyebabkan air mani meleleh pada bahagian faraj
  • penyebab alahan jika kulit sensitif terhadap getah. Tetapi hanya segelintir pengguna mengalami
2.Kondom wanita
Keluaran baru dimana kaedah sama seperti kondom lelaki, berbentuk tiub tetapi lebih besar garis pusatnya dan tidakmenganjal. Diperbuat daripada sejenis plastik nipis.
Hujungnya tertutup dimasukkan kedalam faraj dengan tangan hingga lingkaran tersebut menduduki tempat berdekatan pangkal rahim.
Hujung satu lagi dibiarkan tergantung diluar faraj. Semasa hubungan faraj diselubungi kondom ini, membuatkan tidak berlaku sentuhan terus antara faraj dengan zakar dan air mani. Harganya agak mahal serta sukar diperolehi dipasaran.

Kebaikan:
  1. Dapat mencegah kehamilan dan jangkitan kelamin
  2. Bagi jangkitan Hiv belum mendapat kepastian
  3. Penggunaan dibawah kawalan wanita
  4. Tiada kesan sampingan yang serius
  5. Tidak memerlukan rundingan khusus
  6. Sesuai bagi wanita yang tidak terdedah dengan hubungan seks dengan kadar yang kerap.


 3.Diafram,Cervical Cap dan Span
3 Kaedah ini berasaskan penggunaan alat yang menutupi permukaan pangkal rahim supaya menghalang air mani daripada masuk menembusi kedalam rahim. Seterusnya menghalang air mani dari mengalir ke salur fallopio dimana tempat persenyawaan berlaku sekiranya adanya kehadiran ovum.
Alat yang berbentuk seperti kubah, diperbuat daripada getah dukenali sebagai Diafram
atupun berbentuk topi yang diperbuat daripada plastik iaitu dikenali sebagai cervical cap. Manakala, SPAN pula berbentuk seperti bantal bulat kecil, mengandungi spermisid iaitu bahan kimia yang mematikan sperma.

Cara Pemakaian Ke tiga tiga alat ini perlu dimasukkan kedalam faraj menggunakan tangan atau alat penyepit sehingga menduduki tempat di atas pangkal rahim.
Pemakaian perlu dirujuk doktor terlebih dahulu bagi mengetahui kondisi kesihatan pengguna.

Kebaikan
  1. Mencegah kehamilan ,penyakit kelamin namun perlindungan terhadap jangkitan HIV belum dapat dipastikan.
  2. Penggunaan adalah dibawah kawalan wanita
  3. Tiada kesan sampingan yang disebabkan hormon atau pertukaran paras hormon
  4. Sesuai bagi wanita yang tidah melakukan hubungan seks yang kerap atau selalu. Dengan itu tidak memerlukan perlindungan yang kerap.
Tanda-tanda amaran
  • Pemakaian yang tidak betul menyebabkan  halangan terhadap air mani atau sperma tidak kukuh
  • perkembangan sindrom toxic shock penyakit diakibatkan jangkitan  dalam faraj
Tanda tanda sindrom toxic shock- Demam tinggi secara mengejut, muntah dan cirit birit, lemah,pening,pitam,sakit tekak,sengal otot serta ruam dan alahan kepada plastk atau getah.



4. Kaedah Kimia
Terdiri dari spermisid digunakan bersama kaedah penghalang, rumusan bahan kimia berbentuk jeli, krim,buih atau pil pessari yang boleh mematikan sperma. kaedah kimia ini Kurang berkesan berbanding kaedah yang lain

Kebaikan
  1. Mencegah kehamilan ,terutama bila digunakan dengan kaedah lain, mencegah jangkitan kelamin, namun bagi jangkitan HIV/AIDS masih belum dapat dipastikan.
  2. Mudah didapati tanpa preskripsi tertentu
  3. Mudah digunakan 
  4. Boleh digunakan sebagai bahan pelincir faraj semasa hubungan seks
  5. Tidak ada kesan sampingan yang serius
Tanda-tanda amaran
  • Alahan pada kulit kesan dari bahan kimia yang terkandung didalamnya.
5.Alat Dalam Rahim
Terdiri dari alat kecil diperbuat daripada plastik yang disadur tembaga/ hormon progestron yang dipanggil IUD (intra uterine device). Berbentuk seperti huruf 'T' ,bersaiz kurang dari 2.5 cm/ 1 inci.

Cara pemakaian
Dimasukkan kedalam rahim menggunakan alat penyelit oleh doktor yang terlatih. Amat berkesan bagi mencegah kehamilan dan bertindak selama 8 tahun  bergantung kepada jenisnya.Alat ini boleh ditarik keluar apabila pengguna ingin hamil.


Kebaikan

  1. Mencegah kehamilan bagi jangka masa yang lama selepas dimasukkan sekali dan boleh dikeluarkan apabila dimahukan
  2. Tidak menjejaskan kesuburan atau pengeluaran susu ibu
  3. Murah berbanding dengan kaedah moden lain bagi tempoh setahun
  4. Sesuai bagi pasangan yang sudah melahirkan dan mahukan kaedah perancang bagi tempoh masa yang lama
  5. Boleh dugunakan sejurus selepas melahirkan atau enam minggu selepasnya atau selepas rahim rahim mengecut atau bila2 masa, asalkan tidak hamil atau tiada sebarang jangkitan pada pelvik dal lain lain.


Tanda-tanda amaran
  • Kedatangan haid yang lewat menandakan berlakunya kehamilan , ciciran darah haid atau haid yang tidak normal
  • Sakit pada bahagian perut(abdomen)atau semasa melakukan hubungan seks.
  • Kemungkinan menghidap penyakit kelamin,lelehan yang tidak normal dari faraj.
  • Demam dan menggigil
  • Benang terasa lebih panjang/pendek  dari biasa menandakan keadaan alat tidak betul atau berkemungkinan akan terkeluar

Info yang lebih lengkap bersambung pada entry yang seterusnya iaitu kaedah dan kesan perancang bahagian 3...
Selamat membaca semua...Terima kasih daun keladi..rajin rajin baca lagi...hihihi

 









Jumaat, 11 Julai 2014

Kategori dan jenis perancang

Kaedah hormon
Kaedah perancangan secara hormon yang disarankan kepada wanita terdapat 2 jenis, iaitu
  1. kaedah yang mengadungi hormon estrogen
  2. hormon Progestogen.
Hormon tersebut menyerupai hormon pembiakan wanita semulajadi, bertindak dibawah kitaran haid. seterusnya mengawal kadar pengeluaran ovum dan beberapa fungsi biologi semasa hamil.
Apabila wanita bersedia inginkan anak kembali , dia hanya perlu menghentikan pengambilan/pemakanan pil dan kitaran haid serta pengeluaran telur akan kembali normal seperti biasa.
Kaedah perancangan keluarga secara hormon ini paling banyak diamalkan di serata negara didunia. Kaedah ini juga popular di Malaysia.

Siapa yang sesuai mengamalkannya?
Kaedah hormon ini sesuai bagi semua wanita kecuali mereka yang:
  • Menghidapi penyakit barah
  • Sakit kuning/hepatitis
  • Darah tinggi
  • penyakit jantung
  • buah pinggang
  • pundi hempedu
  • Darah beku(trombosis)
  • kencing manis
  • pening dan migrain
  • Sawan
Bagaimanapun wanita yang berumur lebih daripada 35 tahun dan juga merokok tidak digalakkan mengamalka pil perancang keluarga, kecuali setelah menjalani pemeriksaan kesihatan yang terperinci.

Ibu menyusu?
Kaedah berasaskan hormon Progestogen sesuai diambil kerana kaedah ini tidak akan menjejaskan pengeluaran susu.

Kesan Sampingan? 
Seperti ubatan yang lain, kaedah  berasaskan hormon ini mempunyai kesan sampingan pada segelintir kecil wanita. Kesan tersebut juga berbeza mengikut penerimaan tubuh masing-masing. Bagi pengguna pil campuran,kesan yang dirasai termasuk:
  1. Rasa loya
  2. Sengal-sengal payudara
  3. Pening
  4. Rasa mrung/cepat marah
  5. Kenaikan berat badan
  6. Kurang nafsu syahwat
  7. Masa haid yang berubah dari normal
  8. Gangguan kitaran haid samada, keluar ciciran darah atau tiada darah haid langsung.
Kategori Perancang
1.Jenis hormon
  1. Pil Campuran
  2. Pil Progestogen
  3. Pil selepas hubungan seks
  4. Pil lelaki
  5. Suntikan progestogen
  6. Implan progestogen
2.Kategori perancang penghalang
  1. Kondom
  2. Kondom wanita
  3. Diafram, Cervical Cap dan Span
3.Kimia
4. Alat dalam rahim
  1. IUD
4.Kaedah pemandulan
  1. Ligasi tiub
  2. Vasektomi
5. Semulajadi
  1. Masa subur/selamat
  2. Penarikan zakar
Dalam entry kali ini saya hanya menyenaraikan kategori dan jenisnya sahaja, manakala penerangan yang lengkap mengenai cara serta akibat atau kesan dari pengambilan kaedah perancang saya akan bincangkan pada entry yang seterusnya.
Masih lagi dibawah label yang sama iaitu Label PERANCANGAN KELUARGA, dengan tajuk entry KAEDAH DAN KESAN PERANCANG.

Terima kasih saya ucapkan kepada para pembaca yang setia membaca dan mengikuti Blog saya,jika ada pertanyaan boleh dikemukakan.Sebarang komen dan pertanyaan positif amatlah dialu-alukan..Terima kasih..Semoga Allah SWT sentiasa merahmati kita semua.





Feel free to contact me at
SMS/WHATSAPP/CALL :017.900.8247 MAA MUSTAFA
FACEBOOK: Maa MArimar

Khamis, 10 Julai 2014

Alzheimer

Alzheimer(Pelupa/Nyanyuk)

Penyakit Alzheimer ialah, sejenis penyakit mental tanpa sebab yang jelas dan tiada penyembuhan yang khusus.
Menurut Dr. Barbara Hansen Lemme(1995), Alzheimer merupakan punca terjadinya Dimentia iaitu nyanyuk.

Penyebab?
Alzheimer disebabkan berlakunya kemerosotan dalam sistem neuron yang terdapat dalam otak manusia, terutamanya dibahagian yang disebut hipotalamus,frontal, dan temporal lobes di cerebal kortek. Bahagian ini merupakan bahagian otak yang terlibat dalam kegiatan ingatan, bahasa serta kongnitif.

Alzheimer juga sering dikaitkan dengan golongan yang berusia. Ia merupakan penyakit fungsi otak yang kompleks dan progresif. Alzheimer menyebabkan seseorang itu hilang keupayaan menguruskan diri sendiri dan memerlukan orang sekeliling untuk membantu.


Ciri-Ciri penghidap
  1. Pertuturan menjadi lemah
  2. Kewarasan yang kurang baik
  3. Daya ingatan bertambah teruk
  4. Perubahan personaliti
  5. Perubahan tingkahlaku
  6. Hilang pertimbangan
Tanda-tanda Alzheimer
Tanda tanda awal yang seringkali dihidapi penghidap adalah:
  • pesakit lupa mengunci pintu  ketika mahu meninggalkan rumah, tidak mengingati perkara yang baru sahaja pesakit itu lakukan. Ini merupakan tanda sederhana bagi pesakit.
  • Pesakit mula tidak mampu melakukan perkara asas seperti menguruskan diri sendiri, keliru dengan keadaan  persekitaran rumah, tidak mengenali ahli keluarga atau rakan rakan. Keadaan ini menandakan pesakit sudah menandakan pesakit sudah berada pada peringkat serius.
  • Pesakit berubah menjadi agresif, cepat marah, hilang keinginan untuk berkomunikasi atau melakukan perkara yang diminatinya.
  • Pesakit yang berada pada tahap sederhana dan teruk akan menunjukkan tingkahlaku yang pelik seperti menjerit, terpekik, dan sering mengikut penjaga kemana sahaja walaupun ke tandas sekalipun.
Golongan yang berisiko mendapat Alzheimer?
  1. Pesakit yang mempunyai darah tinggi(hipertensi) apabila mencecah usia 40 tahun keatas.
  2. Pesakit yang menghidap kencing manis.
  3. Golongan yang kurang melakukan senaman.
  4. Paras kolestrol dalam badan yang tinggi
  5. Faktor keturunan.
Ahli sains juga mengkaitkan penyakit ini disebabkan beberapa faktor antaranya, genetik, penyerangan virus,  persekitaran yang bertoksin, Biokimia dan lain lain.
 
Rawatan dan pencegahan


Seringkali pakar perubatan akan membekalkan ubat yang mampu memperbaiki sistem psikologi, saraf, sistem tulang, otot, sistem limpatik, Sistem pernafasan, sistem penghadaman, sistem peredaran darah, sistem perkumuhan , Endokrin, sistem pembiakan dan sistem otak.



Suplimen yang membantu penyembuhan





In Sha ALLAH..dengan pengambilan suplimen yang betul dan sesuai akan membantu mengurangkan penyakit serta risiko Alzheimer.

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut serta konsultasi lengkap
Whatsapp/Call/Sms: 017.900.8247
Facebook/Maa MArimar

"Tiada yang lebih berharga dari kesihatan yang sempurna"

Selasa, 8 Julai 2014

Tips rancang anak

Apa itu perancangan keluarga?
Perancangan keluarga ialah cara yang digunakan bagi menjarakkan kelahiran.

CARA CARA PERANCANGAN
 Terdapat banyak cara untuk menjarakkan kelahiran, antaranya ialah dengan mengguna pakai cara tradisi.Iaitu..
  • Menggelakkan daripada melakukan persetubuhan.
  • Menyusui bayi secara ekslusif yang boleh melewatkan kedatangan haid
  • Menggunakan ubatan tradisional dan amalan tradisi.
Amalan perancangan keluarga secara berkesan semakin penting kerana melahirkan  anak lebih daripada 5 orang dengan jarak kelahiran kurang dari 2 tahun , atau kelahiran ibu yang dibawah 18 tahun atau lebih 35 tahun boleh mendatangkan risiko kepada ibu mahupun anak.

KEBAIKAN AMALAN PERANCANGAN YANG BERKESAN:
  1. Menentukan masa kehamilan yang sesuai.
  2. Menggelakkan kehamilan yang tidak dirancang.
  3. Menetapkan bilangan anak yang mengikut kemampuan emosi dan kewangan.
  4. Menjaga taraf kesihatan ibu dan anak.
  5. Memberikan masa asuhan dan penjagaan anak dan keluarga yang lebih berkualiti.
KAEDAH PERANCANGAN MODEN
  1. Bersifat sementara dan kekal iaitu pemandulan.
  2. Hormon, kimia,alat pengcegah/penyekat didalam rahim.
Bagaimana pun kaedah semulajadi telah lama wujud dan masih diamalkan oleh ramai orang.

 

Isnin, 7 Julai 2014

Anemia ketika hamil

Definisi:
Keadaan kekurangan hemoglobin dalam darah. Kebiasaannya, keadaan ini disebut kurang darah.Tetapi sebenarnya, bukan isipadu darah yang berkurang.

Hemoglobin merupakan bahan protein berpigmen merah yang terkandung dalam sel darah merah.Pigmen inilah yang memberi warna merah pada darah dan berfungi mengangkut oksigen, yang merupaka asas kehidupan.

Mengapa Anemia terjadi?

  • semasa hamil, isipadu bekalan darah meningkat. Dalam Keadaan ini,zat besi dan zat-zat lain amat diperlukan.Keperluan zat yang bertambah disebabkan oleh keperluan perkembangan badan bakal ibu dan bayi.
  • Anemia juga terjadi kerana, kehilangan zat besi, tanpa dibekalkan semula ketika kehamilan atau dari kelahiran terdahulu.
  • Diet dan pengambilan makanan yang tidak seimbang juga menyebabkan anemia ketika hamil.
  • Anemia juga boleh membawa maut. 
 Tanda tanda Anemia
  1. Pucat lesi
  2. Kurang bertenaga
  3. mudah keletihan/penat
  4. Mudah sesak nafas apabila banyak menggunakan tenaga.
  5. Merasa sakit di lidah,jika teruk.
Tindakan perubatan
Kebiasaannya doktor akan mengambil setitik darah untuk tujuan diagnosis anemia.
Oleh kerana taraf hemoglobin sangat penting,maka sebab itu pemeriksaan rutin dilakukan sepanjang kehamilan.
  
Cadangan suplimen :Vita-lea , B-complex,Vita-c.

Hubungi saya untuk mengetahui suplimen terbaik untuk keperluan anda

SMS/CALL/WHATSAPP: 017.900.8247 MAA MUSTAFA
LIKE FB SAYA: Maa MArimar

Ahad, 6 Julai 2014

BAGUS KE B COMPLEX SHAKLEE?

 B-COMPLEX SHAKLEE

Asid folik semulajadi yang dicipta oleh saintis shaklee. Merupakan asid folik pertama dengan kadar keboleh serapan yang sangat tinggi dan berkualiti...
KENAPA??

Kerana ia mempunyai kadar serapan yang tinggi berbanding vitamin yang lain adalah kerana, asid folik semulajadi tidak mudah untuk diuraikan untuk diserap oleh tubuh.

Hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.
Ia juga mengandungi 8 komponen vitamin penting yang perlu ada dalam vitamin B.
Mengandungi 100% biotin dan asid folik.

Kesemua asid lengkap dalam kesemua kategori 8 sumber lengkap ini harus ada pada vitamin B kompleks untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna

Siapa yang perlu B-Complex Shaklee?


Dah tahu kelebihannya jangan tunggu lagi dapatkannya untuk manfaat kesihatan anda
Hubungi saya:
sms/whatsapp/call: 017.900.8247 Maa Mustafa
Facebook: Maa MArimar
Terima Kasih..