Ahad, 13 Julai 2014

Tips Berpuasa Pesakit Diabetes



Bulan ramadhan bulan yang penuh keberkatan..Sebagai penghidap Diabetes ini tidak bermakna anda tidak dapat berpuasa dan menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Untuk menjalani ibadah puasa anda harus mengetahui langkah langkah yang perlu diambil bagi memastikan anda tidak mengalami sebarang risiko negatif. Langkah Pertama yang perlu diambil ialah berjumpa dahulu dengan Doktor atau pakar perubatan anda bagi mendapatkan nasihat yang betul berkenaan ubatan dan dos ubatan beserta masa yang tepat ubatan perlu diambil semasa berpuasa

Disini saya akan berkongsi sedikit tips berpuasa bagi penghidap Diabetes:


 1. Waktu Pengambilan Ubatan
~Disini saya nyatakan contoh kebiasaan pengambilan ubatan. Jika sebelum ini ubatan diabetes diambil ketika pagi, ia boleh ditukar pengambilannya pada waktu berbuka puasa. Manakala ubatan yang mengandungi jumlah dos yang sedikit boleh diambil ketika bersahur
~Sekiranya ada berlaku perkara seperti paras glukos rendah ketika hampir masa berbuka, maka penghidap haruslah merujuk kepada doktor atau pakar perubatan bagi mengkelaskan semula dos pengambilan ke dos yang lebih rendah.

2. Suntikan Insulin 
~Mengubah masa ,kekerapan dan dos yang perlu diambil sepanjang berpuasa. Ini harus dibincangkan terlebih dahulu bersama dengan doktor dan pakar perubatan anda.

3. Pemantauan Glukos dalam Darah
~ Pemantauan glukos dalam darah boleh dilakukan sendiri dengan menggunakan glucometer. ~Pemantauan perlu dilakukan terutama bagi penghidap diabetes yang mengambil suntikan insulin.
~Pemantauan yang kerap perlu dilakukan bagi memastikan pengubahsuaian waktu pengambilan dan dos sesuai dengan penghidap.



alat glucometer 

4. Waktu Pemantauan Glukos

  • Boleh dilakukan ketika waktu bersahur
  • 2 hingga 4 am selepas bersahur
  • Waktu lewat petang sebelum berbuka puasa
  • 2 hingga 4 jam selepas berbuka puasa 
Waktu pemantauan juga dapat membantu memberikan maklumat yang tepat kepada pegawai perubatan mengubahsuai waktu dan jumlah dos ubatan yang tepat bagi pesakit supaya kawalan glukos yang optimum dapat dicapai.

5. Saranan Untuk Berbuka puasa
Penghidap diabetes disaran untuk berbuka sekiranya
  • Paras glukos dalam darah <3.0 mmol/1
Terdapat simpton hypoglycaemia seperti contoh, berpeluh sejuk, menggigil, kadar degupan jantung yang laju, dan penglihatan menjadi kabur serta ada tanda tanda kecelaruan dan kekeliruan.

6. Latihan sebelum berpuasa
~Sebelum berpuasa ramadhan anda digalakan untuk mula latihan  berpuasa sunat pada bulan Rejab dan syaaban bersesuaian dengan saranan agama Islam. Ini boleh melatih diri penghidap menyesuaikan diri sedikit demi sedikit dengan diet, dos ubatan dan keadaan tubuh semasa berpuasa.

7. Perubahan awal
  Selain itu langkah latihan berpuasa juga dapat mengesal tanda awal sekiranya berlaku dehidrasi iaitu kekurangan air dalam badan , paras gula dalam darah yang rendah serta tanda tanda komplikasi yang lain.

Tiada ulasan: