Sabtu, 6 Ogos 2016

Faktor Sel Darah Merah tinggi

SEL DARAH MERAH TINGGI DALAM DARAH

Banyak sebab sel darah merah boleh menjadi tinggi dalam darah. Dari segi fisiologi, kiraan sel darah merah (RBC) yang tinggi boleh berlaku kerana:

1. Terdapat rangsangan untuk meningkatkan pengeluaran sel darah merah untuk mengimbangi tahap oksigen yang rendah kerana masalah jantung yang lemah atau paru-paru tidak berfungsi dengan baik

2. Peningkatan pengeluaran sel darah merah untuk mengimbangi tahap oksigen yang rendah pada ketinggian yang lebih tinggi. Misalnya penduduk di kawasan pergunungan mempunya RBC yang tinggi.

3. Pembebasan terlalu banyak protein (erythropoietin, atau EPO) yang banyak, lalu meningkatkan pengeluaran sel darah merah

4. Sum-sum tulang mengalami masalah lalu mengeluarkan terlalu banyak sel-sel darah merah

5. Kapasiti membawa oksigen oleh sel-sel darah merah berkurangan, lalu tubuh mengimbanginya dengan mengeluarkan lebih banyak RBC.

5. Kehilangan plasma darah (komponen cecair darah), sering atau dehidrasi yang menyebabkan secara perbandingannya RBC lebih tinggi dari biasa, pada hal RBC tidak meningkat.

wallahu a'lam

Tiada ulasan: