Rabu, 21 Mei 2014

Rahsia Vita E complex

Kandungan Vita E Shaklee..



  • Terhasil daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum.
  • Kaya dengan vitamin E.
  • Diekstrak daripada d-alpha tocopheryl  yang aktif dan dikombinasikan dengan 8 jenis vitamin E iaitu (alpha,beta,gama,delta).
  • Vitamin E yang lengkap mengandungi jumlah 10mg selenium semulajadi, iaitu ejen yang membantu tubuh menyerap vitamin E.

Manfaat  Vita E:


  1. Melindungi Jantung

  • Melindungi sel darah merah untuk mengelakan pengasidan lipid iaitu meningkatkan kolestrol Hdl(kolestrol baik).
  • Mengurangkan tekanan darah dengan cara menghalang platelet darah dari melekat kedinding arteri.
  • Menghalang anemia hemolitik atau kekurangan darah, penyakit jantung dan sebagainya.
     2.  Meningkatkan sistem Reproduktif



  • Berdasarkan kajian bagi lelaki yang mengambil jumlah Vitamin E 600IU - 800IU
  • sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka disamping dapat memulihkan kemampuan reproduktif.
     3.  Anti Penuaan


  • Hanya dengan 1 kapsul pengambilan vitamin E  dapat membantu melambatkan proses penuaan.
  • Mengurangkan parut,kedut dan garis halus penuaan
  •  Memulihkan tekstur kulit, dan ton kulit
    4.    Antioksidan



  • Pengambilan sebanyak lebih daripada 1200 IU untuk dos antioksidan yang kuat mapu membantu melawan kanser.
  • Mengukuhkan sistem imunisasi.
  • Menghalang atau melambatka pertumbuhan tumor.
  • Membaiki masalah katarak dan masalah penglihatan.
    5. Tenaga berkekalan
  • Meningkatkan  hormon seksual dan tenaga dengan cara membekalkan oksigen yang mencukupi bagi tubuh.  
     6.  Mengubati Arthritis 
  • Memperbaiki kitaran darah,merawat kekejangan pada bahu, pening, buasir, sakit sendi dan lain lain.
    7.  Mencegah keguguran
  • Merawat sindrom prahaid,monopaus contoh, hot flush.
  • Merawat Musculus pectoralis fibrosis otot dada.
    8.  Memperbaiki Parut 
  • Merawat ulser dan bengkak kulit.
  • Boleh dipakai terus pada kulit untuk mengurangkan kesan parut. 
 Begitu banyak kelebihan vitamin E Shaklee..jadi anda jangan ragu ragu untuk mencubanya.
Lapangkan masa anda untuk bertanya saya mengenai harga dan produk shaklee.saya sedia membantu anda.

Banyak manfaat bagi anda yang menyertai kami sebagai ahli shaklee..Jangan Bimbang Jangan takut jangan segan .Banyak bertanya,banyak ilmu yang anda perolehi.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Whatsapp/sms:017.900.8247~maa mustafa
Facebook: Maa MArimar
LIke fanpage kami: supliment terbaik wanita dan keluarga. 

INGAT....
"KESIHATAN ITU ANUGERAH"
"KESIHATAN ITU KEJAYAAN" 

Isnin, 19 Mei 2014

Perkara perlu tahu bila Puting pecah @ Nipple craked




Hari ini secara tidak sengaja saya telah berbual dengan rakan baik saya yang baru bersalin anak kedua.
Tersentuh dengan luahan hati beliau yang terasa sakit akibat puting susu pecah membuat saya terpanggil untuk berkongsi tip bagi mengatasi masalah tersebut.

Atas dasar pengalaman sebagai seorang ibu yang telah mengalami masalah yang serupa saya akan cuba berkongsi sehabis dan semaksimum mungkin bagi membantu golongan ibu dan rakan rakan mencari penyelesaiannya..



Sebab terjadi:
  • Kulit puting yang sensitif Mungkin akibat bahan kimia yang merengsakan pada fabrik pakaian.
  • kaedah bayi menyusu tidak betul.
  • Menarik puting keluar secara paksa.
  •  Menggunakan "Breast pum"  untuk mengepam susu keluar.
  • Hisapan bayi yang kuat



Posisi menyusu yang betul







Walaubagaimana pun.. Ibu ibu tidak perlu risau kerana nipple craked ini boleh dirawat..Asalkan kita tahu cara dan kaedah yang betul.. Maka semuanya akan jadi semakin baik.

Cara mengatasi:

  1.  Menyapu Krim
  • Terdapat pelbagai krim dipasaran untuk mengatasi nipple crack. Antaranya jenama Medela, Pureen dan lain lain lagi.disini saya sertakan gambar sebagai contoh. 
  •  Namun, krim ini boleh mendatangkan kesan lain, sekiranya tidak sesuai dengan kulit kita.









 






Nota kaki: Hentikan penggunaan jika terjadi iritasi pada kulit.


        2.Menggunakan pelindung puting. Bagi mengelakkan puting dari terus melecek.



Normal nipple











yang ni untuk yang flat nipple.







     3-Cara tradisional

Kenapa saya katakan ini cara tradisonal?? kerana kaedah ini selalu di syor kan kepada kita oleh ibu ibu terdahulu.
caranya menyapu sedikit susu kita sendiri pada puting payudara kita. Tapi bagi sesetengah orang cara ini tidak berkesan.

    4- Anginkan Payudara.
 Memastikan payudara kita sentiasa dianginkan untuk

membuatnya kering. Jadi tak adalah melekat kat baju.



  Alternatif Dengan Shaklee..




Ok... Apa yang saya nak kongsikan cara efektif nk gunakan produk diatas untuk masalah craked nipple atau puting pecah.
 Dengan menggunakan esp juga masalah ini boleh diatasi, dengan menyapu esp pada puting susu.

Ok sebarang kemuskilan atau pertanyaan lanjut boleh segera hubungi saya.

Sms/wasap 013.907.7157 maa mustafa
Fb:Akmal mustafa

INGAT....
"KESIHATAN ITU ANUGERAH"
"KESIHATAN ITU KEJAYAAN"





Sabtu, 17 Mei 2014

PUASA OH PUASA

.
Assalamualaikum semua, kepada ibu2 yang menawan, papa2 yang gagah lagi perkasa, akak2 yang gorgeus, anak2 yang pintar, remaja yang aktif serta, atuk2 dan nenek2 yang saya hargai..cewah.. panjang bagai kan mukaddimah saya.. yang penting semua yang saya hargai ini adalah mereka yang mengutamakan kesihatan di pada tahap2 yang paling paling paling makkkkkksimummmm..

kenapa saya berkata demikian?? ini kerana kehidupan kita didunia ini hanya sekali, kerana itu saya sering berkata, "KESIHATAN ITU ANUGERAH" Jadi sebagai hamba Sang pencipta kita harus menjaga kesihatan kita dengan sebaik baiknya,.


.

okey...sekarang kita ke topik utama.. Sekarang kita dah berada di bulan rejab, kemudian syaaban dan seterusnya akan beranjak ke bulan Ramadhan..





Akan tetapi, adakah kita sudah bersedia menghadapi kedatangan Ramadhan Kali ini??
okey, untuk menjalani ibadah puasa dengan sempurna, kita mesti mempersiapkan diri kita dari segi mental dan fizikal.

Jom semak tip2 di Bulan puasa...

  1. Kita mesti pandai membahagikan cara pengambilan makanan, termasuk sewaktu bersahur, berbuka puasa dan makan malam. Ini bagi memastikan kita tidak mengambil makanan dalam jumlah berlebihan.
  2. Mendahulukan makanan yang mempunyai jumlah serat yang tinggi, seperti berbentuk bijirin,beras perang, dll. Pengambilan serat yang tinggi boleh mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama di siang hari.
  3. MESTI minum air yang cukup antara 8- 12 gelas antara waktu berbuka dan bersahur.
  4. Amalan permakanan sunnah seperti kurma ketika berbuka dan bersahur.
  5. Pilih menu makanan yang sihat seperti sup, stim, dan panggang dari berbentuk gorengan.
  6. jangan makan dengan tergopoh gapah,sebaliknya makan dengan cara lebih tenang dengan mengunyah perlahan.
  7. Buat senaman fizikal dimalam hari secara bersederhana Selain dari melakukan solat terawih, bagi mengekalkan kecergasan.
Selain itu, terdapat altelnatif lain yang boleh membantu kita untuk sentiasa bertenaga sepanjang bulan ramadhan..





Kenapa saya mencadangkan pengambilan set Mighty 3 Gems ini??? sebabnya adalah, set ini bukan sahaja untuk golongan ibu2 tetapi sesuai diambil oleh semua peringkat dari kanak2 hingga warga emas.

 APA KELEBIHAN MIGHTY 3 GEMS SET?????

ESP- Energizing soy protein
  • Nama pn dah power kan??pasti khasiatnya pun meletop pop pap pop pap...hehe..
  • Terkenal sebagai pembekal tenaga
  • Meningkatkan sistem imun, kerana itu ia baik untuk kekal bertenaga

Meal Shakes


  • Minuman yang super  lazat penggantian segera terhadap kekurangan vitamin,mineral dan juga tenaga.
Performance Drink
  • Membekalkan tenaga dan daya tahan fizikal
  • Menyeimbangkan dan membekalkan elektrolit dalam tubuh bagi mengimbangi metabolisma air dalam tubuh.
  • Mencegah penyahidratan dan mengurangkan kehausan.
So, sekarang semua dah tau kan ape kelebihan set 3 germ ni kan, saya sarankan semua mesti cuba dahulu untuk tau keberkesanannya.

InsyaAllah ibadah puasa kita akan lebih sempurna...

Hubungi saya untuk keterangan lanjut dan konsultasi percuma

Whatsapp/sms : 017.900.8247
Facebook: maa MArimar
LIKE facebook Page kami: supliment tebaik wanita dan keluarga

"kESIHATAN ITU ANUGERAH"
"KESIHATAN ITU KEJAYAAN"

Jumaat, 16 Mei 2014

PERLUKAH KITA MAKAN SUPLIMEN a.k.a VITAMIN????


Seiring dengan peningkatan usia, sebetulnya tubuh kita memerlukan 13 jenis vitamin untuk mengekalkan keseimbangan tubuh badan dan mengekalkan kesihatan. Tanpa jumlah vitamin yang mencukupi tubuh tidak dapat mengalami pertumbuhan yang baik seterusnya membantutkan proses pertumbuhan.

JENIS-JENIS VITAMIN

Gambar diatas menunjukan jenis jenis vitamin yang diperlukan tubuh badan kita, sekarang kita akan semak satu persatu jenis dan fungsinya untuk tubuh kita.

FUNGSI VITAMIN BESERTA SUMBER:

1- Vitamin A
  • Dikenali dengan nama retinol 
  • Diperlukan untuk penglihatan yang baik
  • kekurangannya akan menyebabkan penyakit rabun, katarak, jangkitan saluran pernafasan, dan lain lain lagi.
  • Sumber: Susu,ikan,sayuran hijau dan kuning
2- Vitamin B
  •  Dikenali dengan nama tiamin
  • Diperlukan untuk sistem saraf dan fungsi jantung,  serta bagi mencegah penyakit tertentu
  • Kekurangannya akan menyebabkan penyakit kurangnya sistem imun badan, kurang selera makan, sembelit , dan lain lain.
  • Sumber diperolehi: Gandum,Kekacang,Susu, Roti
3- Vitamin B2
  • Dikenali dengan nama Riboflavin
  • Diperlukan untuk menyokong pertumbuhan tubuh seperti kulit rambut dan lain lain lagi
  • Kekurangan sistem imun, kerekahan bibir mulut,kekeringan mulut, dan lain lain lagi.
  • Sumber : Susu, pisang, kacang hijau
4- Vitamin B3
  • Dikenali dengan nama Niasin
  • Berfungsi untuk menukarkan makanan kepada tenaga serta berperanan menukarkan gula dalam darah
  • Kekurangannya menyebabkan Kekejangan, krem otot tubuh,sistem percernaan dan sebagainya.
  • Sumber : Daging ayam, ikan tuna @ salmon,asparagus,brokoli dan lain lain lagi.

5- Vitamin B5
  •  Dikenali dengan nama Pantothenic acid (Asam Pantotenat)
  • Berfungsi sebagai medium pemecahan  nutrisi makanan (terutama lemak),menjaga sistem saraf pusat serta hormon tubuh.
  • Kekurangan vitamin B5: Sukar tidur,kekejangan otot dan banyak lagi.
  • Sumber terhasil : sayuran seperti brokoli, daging serta avokado.
6- Vitamin B6
  • Nama saintifiknya ialah  Pyridoxine (Pridoksin)
  • Untuk kesihatan gigi dan gusi, serta penting untuk sel-sel darah merah dan penghasilan antibodi tubuh.
  • Kekurangannya meneyebabkan penyakit anemia,gangguan dalam sistem saraf.
  • Sumber diperolehi: Daging, Pisang, sayuran dan kekacang.
7- Vitamin B7
  • Dikenali dengan nama Biotin
  • Berperanan membantu tindakbalas kimia  dalam tubuh seperti penghantaran karbondioksida serta metabolisma karbohidrat serta lemak.
  • Kekurangannya menimbulkan penyakit: Tekanan, kurang darah, keguguran rambut.
  • Sumber terhasil : Daging.kuning telur, buah pisang, kekacang dan gandum.
8- Vitamin B9
  • Juga dikenali dengan nama Folic asid
  • Berfungsi mencegah kecacatan pada janin, serta membantu dalam proses metabolisma tubuh dalam penghasilan sel-sel.
  • kekurangannya menyebabkan kecacatan pada janin.
  • sumber terhasil: sayuran seperti tomato, bayam, telur serta hati.
9- Vitamin B12
  • Nama saintifiknya  Cyanocobalamin, hydroxycobalamin, methylcobalamin
  • Fungsi menjaga sistem saraf, mencegah penyakit kekurangan darah atau anemia, penting untuk pembentukan pertumbuhan kanak kanak.
  • Kesan kekurangannya penyakit lelah, semput, kurang darah
  • Sumber terhasil: ikan, daging, telur, susu,hati
10- Vitamin C
  • Nama saintifiknya ialah Ascorbic acid
  • Berfungsi untuk pembentukan  gusi,gigi,kulit, tulang serta meningkatkan sistem ketahanan tubuh dan antioksidan.
  • Kekurangannya menyebabkan penyakit pecah lidah, keletihan,kekurangan tenaga, penyakit kudis, sariawan dan kurang darah.
  • Terhasil dari buah buahan seperti oren,strawberi, ikan, mentega.
11- Vitamin D
  • Nama saintifiknya Cholecalciferol, Ergocalciferol (Kalsiferol)
  • Berfungsi untuk gigi,tulang mencegah penyakit pembengkokan tulang pada kanan kanak, membantu proses sistem tubuh.
  • Penyakit kekurangan vitamin D: Radang sendi, diabetes.
  • Sumber makanan: Ikan ,telur, susu, sinaran matahari.
12- Vitamin E
  • Nama saintifiknya Tocopherols, Tocotrienols.
  •  Berfungsi untuk mencegah lemak berlebihan, kesihatan kulit, mata, hati, antioksidan semulajadi , melindungi paru-paru.
  • Penyakit kekurangan: Gangguan saraf, kemandulan bagi lelaki dan wanita, sakit otot.
  • Sumber dari minyak sayuran, bijiran ,ikan, ragi, serta telur.
13- Vitamin K
  • Dikenali dengan nama Phylloquinone, Menaquinones.
  • Diperlukan untuk penghasilan metabolisma tubuh, mencegah penyakit diabetes, kerapuhan tulang.
  •  Kekurangan menyebabkan kelambatan dalam penyembuhan luka dan pembekuan darah.
  • Sumber makanan dari avokado,sayuran hijau,kiwi.

Bagaimana kita mahu memastikan kita sudah mengambil jumlah vitamin yang secukupnya setiap hari??
Oleh sebab itulah pengambilan suplemen atau vitamin yang betul dapat memastikan tubuh kita mendapat jumlah pengambilan yang sepatutnya.

Shaklee dengan kepakaran selama tempoh masa 5 dekad telah menerajui barangan dan produk kesihatan secara semulajadi yang terulung didunia.

VITAMIN SHAKLEE TERBAIK UNTUK ANDA..

 


Jangan  berfikiran negatif sebelum kita mencuba, Jangan fikir mahal, kerana sakit itu lebih mahal berbanding jika kita mencegah dari peringkat awal.Jangan fikir kita tidak perlukan vitamin..Hakikatnya Tubuh kita amat amat memerlukan sumber vitamin yang cukup

Apa tunggu lagi..cepat bertindak..kerana masa tidak pernah menunggu kita, Sebaliknya kita yang mengejar masa.

Jangan risau, saya akan memberika penerangan produk yang terperinci kepada anda beserta harga kasih sayang dan berpatutan untuk anda yang ingin menjaga kesihatan.

Ringan ringan kan jari anda dan diri anda untuk bertanya pada saya,

Wasap/sms: 013.900.8247 maa mustafa
call/sms: 013-9077157 maa mustafa
cari saya di facebook:
  • Pm/msg ~ maa MArimar
  • Like: supliment terbaik wanita dan keluarga
 INGAT....

"KESIHATAN ITU ANUGERAH"
"KESIHATAN ITU KEJAYAAN"


Khamis, 15 Mei 2014

ZIKIR & DOA DLM KEHIDUPAN

 


 Dibawah label kerohanian ini..saya ingin berkongsi sedikit perkongsian ilmu pengetahuan mengenai agama, hasil pembacaan dan tunjuk ajar guru2 agama yang penuh ilmu didada,agar bermanfaat buat diri saya dan buat semua pembaca blog saya, khasnya saudara seagama saya muslimin dan muslimah yang saya sayangi,

jikalau ad kemuskilan mahupun kritikan diharap dapat diutarakan dengan berhemah dan bijaksana..kerana kita sebagai hamba Allah Swt perlu sentiasa memperbaiki diri kita kearah yang lebih terbaik demi melengkapkan diri kita sebagai muslimin dan muslimah yang sejati..
 


3 UNSUR UTAMA DALAM HIDUP

  1. Zikir
  2. Doa
  3. Usaha
  1. Tujuan
  2. Pengharapan
  3. Penampilan
  1. Ke tanah suci
  2. Menghadap Yang maha suci
  3. Mensucikan diri