Selasa, 13 Mei 2014

AWAS!!!!!SAKIT KENCING

Jangkitan Pundi Kencing

Sedar atau tidak wanita seringkali terkena serangan sakit ketika kencing. Keadaan ini akan menyebabkan kita terasa ingin membuang air kecil berulangkali, tetapi apabila kita berada didalam keadaan membuang air kecil kuantiti yang keluar hanyalah sedikit, sesetengah keadaan hanya 1 atau 2 titik sahaja yang keluar.


Berkongsi atas pengalaman saya sendiri,
Ia seringkali disertai rasa ngilu atau sakit yang amat sangat didalam saluran vagina atau lebih dikenali salur kemaluan.

Penyakit ini berpunca daripada jangkitan kuman. Dari suatu sumber, kuman akan cepat membiak dalam 2 Keadaan iaitu
  1.  Apabila adanya tahap keasidan yang tinggi dan kadar kealkalian yang tinggi. kuman tersebut dapat dikenalpasti dengan melalui ujian air kencing.
  2.  Melalui ujian tersebut kita akan dapat mengetahui sama air kencing kita tinggi bacaan asid ataupun alkali
Kekurangan hormon estrogen juga faktor penyakit ini sering menyerang wanita.
Ia juga boleh disebabkan oleh faktor penyakit, seperti batu karang dan sebagainya.

Kadangkala kita tidak menitik berat asas permakanan seharian kita, padahal permakanan yang kita anggap remeh akan mendatangkan kesan pada kita dikemudian hari.

Apabila kita merujuk kepada Doktor, Doktor akan memberikan kita Ubat yang akan mengurangkan kadar keasidan atau kealkalian  yang dikenali sebagai bacaan pH bagi menghapuskan pembiakan kuman. Jika sakit yang keterlaluan hingga berlaku pendarahan suntikan atau ubat tahan sakit akan diberikan.







Umur wanita yang berisiko
  1. Berumur 20-40 tahun
  • wanita muda, terutama wanita yang sudah berkahwin , serta telah melahirkan anak  jangkitan ini sering berlaku, tetapi ia bukanlah disebabkan penyakit kelamin sebaliknya disebabkan oleh jangkitan kuman terhasil dari aktiviti persetubuhan @ seks.  Ini kerana kuman mudah berpindah dari kulit ke kulit.
  • Ia juga boleh disebabkan pemindahan kuman dari dubur ke bahagian vagina@ kemaluan sehingga akan menyebabkan jangkitan pada saluran pundi kencing.
  •  Wanita yang berkahwin terutama yang telah bersalin akan lebih terdedah  sehingga kadangkala kerap mendapat serangan 2 atau 3 bulan sekali. malahan ada yang  mengalaminya dalam kadar yang kerap.
  •  Jika tidak dirawat dengan sempurna,  risiko serangan akan lebih kerap malahan kesakitan yang dialami akan bertambah teruk!.
    2.  Berumur 40 tahun dan keatas
  • Wanita yang pro menopous sememangnya akan mengalami kurangnya hormon estrogen. Manakala wanita yang sudah menopous  tidak lagi menghasilkan hormon estrogen,. Hal ini akan menyebabkan vagina mengalami kekeringan.
  • Kekeringan tersebut akan menyebabkan bakteria baik yang dikenali sebagai laktobasilus yang berfungsi sebagai pelindung daripada kuman kuman yang tidak diperlukan tidak dapat lagi dihasilkan. 
  • S ebagai contoh, Kuman E-coli seringkali mudah membiak dalam saluran kencing menyebabkan terjadinya kencing kotor.
 Penyakit ini juga amat sinonim dikalangan lelaki. Jadi kaum lelaki pun jangan pandang remeh.. Isteri Isteri yang sayangkan suami mesti pastikan suami anda juga bebas dari penyakit ini.

Wanita jangan pandang remeh!!!

Kenapa saya berkata sedemikian, kerana gejala ini, akan mendatangkan kesan kepada hubungan rumahtangga anda.
Ini kerana, Kesakitan ini akan lebih terasa ketika saat berhubungan intim bersama pasangan.

Jika tidak dirawat dinding vagina akan menipis dan tercedera mengakibatkan sakit yang teramat apabila "Bersama" dengan pasangan. Sudah tentu keadaan tersebut akan  berlarutan dan menimbulkan pelbagai penyakit lagi.





Tanda tanda jangkitan

  • Kerap kencing disiang hari 8- 10 kali manakala pada waktu malam 2-3 kali
  • Sesetengah individu kurang kekerapan kencing, tetapi tetap mengalami kesakitan yang sama.
  • Air kencing yang sedikit.
  • Air kencing kuning, kadangkala pekat dan berbau.
  • Mempunyai penyakit, batu karang, kencing manis, Buah pinggang.
  • Wanita yang menggandung mengalami masalah ini berisiko mengalami masalah buah pinggang.
  • Jangkitan yang teruk akan mengakibatkan demam tinggi dan juga menggigil.
Rawatan dan pencegahan sendiri 
  • Pasangan yang berkahwin perlu menjaga kebersihan diri sebelum dan selepas mengadakan hubungan.
  •  Sebolehnya, membuang air kecil selepas mengadakan hubungan.
  • Semasa membersihan diri, wanita perlu  memastikan membersihkan kemaluan dari depan kebelakang, bukan sebaliknya. Ini bagi mengelakkan jangkitan kuman dari dubur ke vagina seterusnya berpindah ke pundi kencing.
  • Memastikan minum air dalam kadar yang banyak iaitu sekurang kurangnya 8 Gelas atau lebih setiap hari.

Bagi kaedah tradisional, kebiasaannya bawang putih diguna pakai bagi  membantu dalam proses pemulihan. Tetapi adakah kita dapat memakan bawang putih begitu sahaja kerana rasanya yang kurang enak.

Oleh yang demikian, Seperti yang kita sedia maklum Shaklee telah menghasilkan suplimen  yang dinamakan Garlic yang dihasilkan daripada sumber bawang putih premium yang bebas daripada racun perosak dan ditanam secara organik. paling penting ia adalah dari sumber semulajadi dan juga halal.

Semua pilihan ditangan anda..





  •  Keterangan dan pertanyaan lanjut hubungi saya:
Whatsapp/sms/call: 017.900.8247
Facebook: maa MArimar
Facebook page: supliment terbaik wanita dan keluarga 


"KESIHATAN ITU ANUGERAH"
"KESIHATAN ITU KEJAYAAN"

HARGAILAH NIKMAT KESIHATAN ANDA...... 





 

 

Tiada ulasan: