Khamis, 17 Julai 2014

Betul ke susu ibu terbaik untuk bayi?

Langkah penting kearah proses perkembangan dan tumbesaran bayi yang sempurna dan sihat adalah melalui peyusuan susu ibu.

     Ini kerana, medium susu ibu berada dalam keadaan bersih,seimbang dan paling terbaik bagi bayi. Susu ibu merupakan makanan yang mengandungi sumber nutrien yang sihat dan seimbang serta pelindung yang terbaik dari segi khasiat bagi bayi dalam tempoh enam bulan pertama atau pun lebih lama lagi.


 KHASIAT SUSU IBU BAGI BAYI

Susu ibu merupakan makanan terbaik bagi bayi kerana mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan kandungannya berubah mengikut kadar keperluan bayi membesar.Susu ibu yang pertama/awal penyusuan dikenali sebagai kolostrum, mengandungi khasiat terbaik yang diperlukan bayi untuk hari-hari pertamanya selepas lahir. Kolostrum juga mengandungi bahan-bahan sebagai antibodi yang boleh melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan seperti cirit birit, bronkitis dan radang paru paru.Kolostrum hanya terdapat dalam susu ibu.     3. Mengandungi zat khusus yang penting bagi perkembangan otak bayi.
    4. Susu ibu juga dapat mencegah penyakit, seperti lelah dan sakit perut bayi.

   5. Proteinnya terdiri daripada 80% dadih susu(whey), Ianya mudah dicerna serta       mengandungi banyak bahan perlindung yang dapat mencegah jangkitan.

   7. Dadih susu terhasil daripada tindakan enzim didalam perut keatas protein kasein lembut dan berbuih,ini akan membolehkan bayi menyerap lebih banyak protein.

    8.  Kandungan lemak susu ibu lebih seimbang dan lebih mudah dicerna.

   9.  Kandungan gula(laktosa) dalam susu ibu lebih tinggi bagi membekalkan tenaga dan membantu penyerapan kalsium daripada susu.

   10. Kalsium dalam susu ibu lebih mudah diserap walaupun kandungannya diserap.

  11. Risiko pencemaran (oleh jangkitan dan sebagainya) yang mungkin berlaku dengan penyusuan susu formula.

   12. Dengan penyusuan susu ibu dapat memberikan bayi ketenangan dan emosi yang stabil.

   13. Penyusuan susu ibu dapat mengeratkan kasih sayang yang lebih mesra antara ibu dan anak.




    

MENGAPA PENYUSUAN IBU BAGUS?

Membantu proses pengecutan rahim kembali kepada keadaan asal dengan cepat.Penyusuan susu ibu selama tiga bulan atau lebih mengurangkan risiko barah buah dada dan ovari.Penyusuan susu ibu sepenuhnya selama 6 Bulan pertama melewatka proses kedatangan haid, Memberi 98% perlindungan daripada kehamilan dalam masa enam bulan pertama itu.Melangsingkan badan, sekiranya ibu mengamalkan diet sihat dan sentiasa bersenam. Susu Tepung vs susu ibu:
 Tahukah anda yang susu formula dihasilkan daripada susu lembu. Walau dari cara apa sekalipun ia diubahsuai oleh perindustrian susu gantian ini, ia tidak setanding hebatnya susu ibu.
Susu lembu juga boleh mengakibatkan penyakit kepada bayi.


Susu formula dari sumber susu lembu mengandungi sejenis asid lemak yang bergabung dengan kasein (protein susu) akan menghasilkan bahan yang tidak larut dan menyebabkan berlaku halangan pada usus bayi.Bayi hanya dapat menyerap hanya 30% zat besi yang terkandung dalam susu lembu (berbanding dengan 70% zat besi dari susu ibu)Zat besi yang tidak diserap akan menyebabkan pertubuhan kuman kuman didalam usus.Bayi yang menyusu susu formula  berisiko untuk dijangkiti penyakit radang telinga(otitis media), penyakit selak(coeliac disease) dan lain lain lagi.Susu ibu mengandungi sumber bahan B12 yang dapat mencegah pertumbuhan bakteria berbahagia.Bayi juga berisiko terkena jangkitan cirit birit, jangkitan pernafasan, ketidakhadaman susu, kekurangan vitamin. Bagaimana proses pengeluaran susu ibu?
Pengeluaran susu ibu bergantung kepada keperluan dan kadar hisapan bayi.
     Saraf dalam sistem puting ibu dirangsang apabila bayi menghisap. Seerusnya, satu isyarat dihantar ke otak ibu menyebabkan pengeluaran hormon prolaktin.

    Hormon prolaktin merangsang penghasilan susu ibu. Semakin kerap bayi menyusu semakin banyak hormon yang dapat dihasilkan.
    Berfikiran positif akan memastikan ibu ibu berjaya menyusukan bayi dengan sempurna.
Pengambilan suplimen yang betul dan sesuai juga akan membantu ibu menghasilkan susu yang berkualiti.


 Ketahui dengan lebih lanjut bagaimana anda mampu memberikan yang terbaik kepada simanja anda

Wasap/sms/call 013.907.7157 Maa mustafa
Facebook: Akmal Mustafa


Tiada ulasan: